Advertisement

TELEMATCH & SEA RAFTING YANG HAPPENING


Sumber gambar dari www.legendresort.com.my
HARI KEDUA DI LEGEND CHERATING

Kalau ikutkan dalam tentatif program, lepas subuh tu sebenarnya nak pergi tepi pantai tengok matahari terbit. Tapi tak kesampaian sebab si Amsyar meragam. Takpelah dapat tengok dari beranda pun jadilah. Korang kalau datang sini jangan lepaskan peluang tengok matahari terbit ni. 


Pemandangan waktu tu SubhanAllah.. cantik sangat diiringi bunyi ombak menghempas pantai lagi. Timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan pada waktu tu. Cukup tenang. Setenang air di kali.

Pukul 7 pagi kami turun bersarapan. Menu sarapan di sini memang banyak dan tidak mengecewakan. Nasi lemak, bihun goreng, bubur, lempeng kelapa, dan banyak lagi siap sedia untuk dijamah. Makanlah apa saja yang berkenan di hati. Tapi ingat! Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan. Ambil sikit-sikit kemudian tambah lagi. Jangan ambil banyak-banyak lepas tu tak habis makan. Sayang rezeki dibuang begitu saja.

Nasi lemak tapi kidnap lauk bubur. Sedap!

Lempeng kelapa dengan kari sardin

Ambil plain croisant, belah tengah, sapu butter, letak mayonis, sos lemon, sos thousand island, keju, salad dan kepingan ayam salai...jeles je Amar tengok 



LARI-LARI DALAM GUNI, KALAU JATUH BANGUN SENDIRI

Selesai makan kami jalan-jalan sekitar pantai sebelum berkumpul untuk acara telematch atau sukaneka. Cuaca ketika ni dah mula panas terik. Tapi kami tak risau. Sebab kulit kami dah dilindungi oleh produk Cosmoderm sepanjang beraktiviti di sini. Produk apa yang diguna, boleh tengok kat sini.

Tekunnya Haziq

Acara kanak-kanak dimulakan dahulu. Meriah mak ayah jadi tukang ajar dan tukang sorak. Ada juga kumpulan yang tersingkir sebab cuba menipu. Isk isk isk..  Orang suruh pegangkan botol je. Yang pergi tuangkan air terus sampai penuh botol kenapa? Hahaha.. kelakar la.. Itulah...siapa suruh mengelat? Kan dah kena..hihihi..ala main suka-suka je kan. Nasib baik budak-budak tu tak hangin. Haha..


Acara dewasa tak kurang havocnya. Sporting sangat masing-masing. Antara acara yang paling lucu ialah lari dalam guni. Macam-macam gaya ada. Yang berlari, melompat, yang catwalk pun ada..haha..comel sangat.


Acara bowling pantai pun kelakar juga. Masing-masing nak tunjuk skill. Ada yang berlagak ala-ala profesional. Sekali lempar kelapa, satu botol pun tak jatuh! Kuang kuang kuang... Memang jadi kenangan terindahlah telematch ni.


Selesai acara telematch, kami bersurai. Siapa menang atau kalah itu tak penting. Yang penting kerjasama antara setiap pasukan sangat bagus. Semua sporting walaupun cuaca agak terik.

Yang asyiknya, dapat makan brownis kedut Abam Korie dan Coklat Moist Kak Nina. Memang best! Ala..tak ambik gambar pulak...korang terjah jelah blog abamkorie dan ninamirza kalau nak tengok desert maveles tu ea..

Lepas ni, nak belajar menyelam, lepas tu rombongan ke Kuala Kemaman, balik dari tu lepaskan anak penyu dan penutup makan malam.

MAKAN MALAM BERTEMAKAN "PIRATE"

Makan malam terakhir kami di sini berkonsepkan BBQ dan bertemakan "pirate". Tapi takdelah kitorang ni pakai ala-ala lanun pula. Masing-masing agak keletihan dan lapar. Jadi fokus lebih pada makanan je..hihihi...













SEA RAFTING ~ PENTINGNYA KERJASAMA DALAM PASUKAN


Hari ketiga, 3 kumpulan dibentuk untuk acara Sea Rafting. Kali ni aktiviti melibatkan laut pulak. Alamak! Dah lama sangat tak masuk dalam air laut ni. Nerves rasanya. Sebelum memulakan aktiviti, kita panaskan badan supaya nanti tak mengalami kekejangan otot. Sedikit taklimat diberikan terlebih dulu. Ini penting. Kalau tak nanti tak tahu pula apa matlamat dan tujuan acara.


Dalam acara ni kami dikehendaki mengikat rakit menggunakan buluh, tali dan pelampong yang disediakan. Cara pemasangan dan ikatan ditunjukkan terlebih dahulu sebelum acara dimulakan.


Dalam acara ni, kami dikehendaki memasang dan mengikat rakit, kemudian mengangkatnya hingga ke air laut. 7 orang di atas rakit dan 2 orang lagi memegang rakit sewaktu rakan pasukan naik atas rakit. Rakit perlu dikayuh hingga ke pelampung yang ditanda dengan bendera. Selepas mencapai bendera, kayuh rakit patah balik ke pantai dan mengangkat rakit ke darat. Dah sampai darat, buka ikatan rakit semula dan susun seperti asal.


Pada mulanya, agak kekok juga nak ikat tali tu. Lupa skil dah. Dua tiga kali mencuba baru berjaya. Akhirnya siap juga rakit kitorang hasil kerjasama sepasukan.

Sebelum memulakan pertandingan mengayuh rakit, kami diminta masuk ke dalam air laut untuk menghilangkan rasa gemuruh.


Kemudian acara pun dimulakan. Tak pernah seumur hidup kayuh sampan, tiba-tiba nak kayuh rakit pula. Memang kelam-kabut Moha sudahnya. Manakan tidak, ombak menolak ke kiri sedangkan kami nak ke kanan! Nak menuju ke tengah laut dan capai bendera kemudian berpatah balik, bukannya mudah tu. Aduhai.. lenguh tangan dibuatnya. Masa nilah kena dengar arahan ketua kumpulan betul-betul. Barulah rakit tu bergerak ikut arah yang betul.


Walaupun penat dan mengah, aktiviti ni paling seronok rasanya. Korang kalau datang sini buat teambuilding, jangan lepaskan aktiviti macam ni. Jangan bimbang pasal lemas dan sebagainya. Keselamatan kita sangat diutamakan oleh pihak pengurusan. Ada jaket keselamatan, bot penyelamat malah Encik Meor dan pasukannya pun turut berenang mengiringi rakit sepanjang dalam laut tu. Memang tip-top!

Dah alang-alang basah, terus mandi kolam lah. 3 hari kat resort, baru harini Moha terjun dalam kolam tu. Nak berenang tak reti jadi berendam jelah..huhu..


Puas berendam, balik ke bilik berkemas dan turun makan. Selesai makan terus berkumpul dan Moha pulangkan kunci bilik untuk check out.

Tapi sebelum tu, kami dibawa melawat bilik-bilik yang ada di resort ni. Memang cantik bilik yang dah upgrade baru ni. Lagi terpesona mata kami bila dibawa ke Penthouse. Pergh..cantik weh..




Jakuzi






Tak lupa bergambar ramai-ramai sebelum balik untuk dijadikan kenangan. Percutian kali ni sangat indah dan menyeronokkan. Semuanya ditaja. Kami hanya mengeluarkan perbelanjaan petrol kereta sendiri dan tol sahaja.



Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari 9, Legend Cherating Resort dan Hafiz's Cherating Activities.


Kalau korang nak bercuti di sini dan buat macam-macam aktiviti macam kitorang, bolehlah hubungi Encik Meor. 






Post a Comment

4 Comments

  1. wahh seronoknye.. macam macam aktiviti ade..

    ReplyDelete
  2. Seronok sangat aktiviti pon best jer kan moha.. lain kali mmg kena buat aktiviti macam ni..boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaaan antara kita..

    ReplyDelete
  3. There's additionally data about salvage methods that are utilized in the function you do wind up in the waterway. Most security talks are likewise sprinkled with reliable waterway humor, and a portion of intriguing data about the set of experiences, the topography, the widely varied vegetation of the stream and its environmental factors.Best Life Jacket for Kids and Dogs

    ReplyDelete
  4. easy to handle and they stick to a target well

    ReplyDelete