SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Assalamualaikum.....


Korang ada tak masalah yang sama macam Moha? Mesin basuh rosak, baju sekolah anak-anak pula kusam dan segala jenis masalah kotoran degil yang melekat pada kain-baju. Bengang juga kan? Dahlah mesin basuh rosak, nak kena basuh dengan tangan, dah penat menyental, berus beriya-iya, tapi kotoran masih ada. Dah tukar macam-macam jenis sabun pun masih macamtu juga. Arghh, stressnya!
Tapi, baru-baru ni ternampak Ben Ashaari tunjuk satu produk baru. Sabun yang berbentuk film. Uish, inovasi baru ni! Lagilah menarik minat Moha nak cuba lepas baca review dari Ben Ashaari. Korang boleh baca kat sini.
Akhirnya, Moha berpeluang juga mencuba sendiri sabun ZING+Detergent Film ni. Seronok dan teruja nak cuba sabun baru. Jadi, apa yang buat Moha suka tentang sabun ni?

· Bungkusan yang menarik.

Bungkusan ni ada zip lock jadi lebih mudahla nak menyimpan baki sabun yang belum digunakan. Corak dan design bungkusannya nampak cantik hasil gabungan warna dan corak yang lembut, pastinya menawan hati yang memandang. Sesuai dijadikan cenderahati ni. Moha dahpun bagi sepeket pada sepupu suami. Harap dia pun sukalah dengan sabun ni.


· 4 dalam 1.

Sabun ni adalah ciptaan Jerman tetapi dibuat di China. Berasaskan bahan ekstrak organik yang mesra alam. Terdiri daripada campuran 4 bahan iaitu serbuk pencuci, pencuci dalam bentuk cecair, pewangi pakaian dan juga bahan peluntur. Tidak merosakkan kulit tangan kerana tiada bahan kimia digunakan.



· Sabun dalam bentuk film


Sabun ZING+Detergent Film ni dalam bentuk kepingan berwarna biru lembut. Tak melekit di tangan dan bau wanginya yang tidak terlalu menyengat di hidung.

Selalunya sabun basuh kain dalam bentuk sabun buku, serbuk dan cecair kan? Kadang-kadang sabun jenis serbuk dan cecair ni mudah tertumpah, manakala sabun buku pula mengembang. Pembaziran dah berlaku di situ. Tapi sabun ZING+Detergent Film ni bentuk kepingan film yang bukan saja mudah disimpan dan mudah diguna tapi lebih menjimatkan. Mana taknya.. untuk 1 keping film ni boleh diguna untuk 3 kg kain tau. 


· Mudah larut

Macam magik tau sabun ni. Tak sampai berapa saat dah larut bila terkena air. Banyak buih pula tu. Wah.... tapi kan..walaupun banyak buih, tak perlu nak bilas banyak kali. Bilas sekali pun buih dah hilang. 


Moha suka sangatlah benda-benda baru macamni. Tambahan lagi kalau ada faktor, jimat dan mudah ni. Bukan apa, tugas rutin harian ni tak pernah habis. Jadi memang berharap sangat kalau ada "pembantu" yang menyenangkan jiwa-raga dan juga poket..hihihi..demand?? Sesekali apa salahnya kan?

Asyik bebel je dari tadi. Camne korang nak beli kalau tak bagitau caranya. Betul tak? Ok, jangan cerita banyak, korang terus je klik no telefon ni  
dan terus je whatsapp Cik Ros Farina

Tanyalah apa je yang berkaitan sabun zing+ ni. Kalau degil juga nak tanya hal peribadi, akak tak masuk campur ye. Korang tanggunglah sendiri..ngeee

Ataupun korang boleh layari  website dan facebook rasmi zing+ :

@




Comments

  1. Memang mudah guna Zing+ ni, anak² pun boleh guna. Pastu sental kotoran degil kat baju sekolah anak² pun best, hilang semua kotoran.

    ReplyDelete
  2. aahlaa same gak masalah.. ni mesin rosak, pasni dah elok kne guna cmni ni

    ReplyDelete
  3. sabun ni best, mood rajin membasuh je jadinya..haha!

    ReplyDelete
  4. Tepat sungguh tagline zing+ ni.. Revolutionary laundry wash.. Memang satu revolusi sungguh dalam membasuh baju..

    ReplyDelete
  5. Best pakai sabun ni.. suka bau lembut dia . Basuh baju jadi mudah dengan sabun ni hehehe

    ReplyDelete
  6. saya pon dah cuba....sangat puas hati..terbaeklah pendek kata...tak beli sabun cecair dah sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah