Laman Cendol Beranang

Assalamualaikum.....


Cuti minggu haritukan... kitorang 1 keluarga tak tau nak pergi mana.. dok rumah je bosannya lahai...  jadi keluarlah kami anak-beranak pusing-pusing Beranang... apa ajelah yang ada kat sini? Huhu.. 

Dah pusing-pusing meronda, laparlah pulak.. kebetulan tepi jalan tu ada gerai cendol. Dari hari kehari juga sebenarnya nak cuba makan kat situ. Akhirnya baru berkesempatan singgah. 


Turun dari kereta, terus tanya menu...alhamdulillah cendol ada..hihi.. ngidam nak makan cendol ke? Haha... takdelah... dah lama tak lepak-lepak makan cendol. 


Sebenarnya bukan isu pasal cendol yang Moha nak kongsi kat sini. Tapi pasal gerai ni sebenarnya. Nama yang diberi oleh Encik Hasan (founder) ialah LAMAN CENDOL BERANANG (LCB). 

Founder Laman Cendol Beranang: En.Hasan

Menariknya tempat ni sebab ada gerai cendol dan tempat duduk dalam taman rimba betul-betul tepi jalan besar Beranang ni. 


Kegigihan En. Hasan mengusahakan tanah tepi jalan besar ni memang mengkagumkan. Dari kawasan yang penuh dengan pokok-pokok hutan, dah jadi menarik dengan dekorasi ala-ala taman di rimba. Semuanya diusahakan sendiri sejak 8 bulan lalu.


Menu menarik kat sini tentulah Cendol.. bila tiba musim durian, bolehla merasa cendol durian.. cendol mangga, cendol pulut.. tapi haritu kami pilih cendol biasa je...durian takde...cendol kat sini sedap.. santan dia pekat..rupa-rupanya santan sawit yang digunakan.. mangkuk cendol besar tau...bukan kecik macam saiz mangkuk sup nasi ayam.. jadi memang puaslah minum cendol..

Sebelum dikacau



Selain menu yang ada dalam bunting ada juga air kelapa muda dan nasi kukus ayam goreng berempah.. 1 set nasi RM7 ada nasi kukus, ulam timun dan daun salad, kuah kari, sambal cili dan ayam goreng berempah.







Haaa.. ayam goreng berempah nilah yang menambat hati kami. Ayam tu dihidang panas-panas.. garing kulitnya...di dalam isi masih berjus.. sekali kunyah dah terasa segala rempah sebati dalam isi ayam tu..fuuuuhhh... tak cukup seketul walaupun 1/4 ekor ayam sebenarnya yg disajikan dalam 1 set nasi tu. Portion nasi pulak bukan saiz nasi lemak RM1 tau.. tapi banyak!! Sampai malam kenyang... alhamdulillah...

So, kalau ada yang nak pergi, gerai ni tepi jalan besar je.. kalau dari arah Beranang ke Semenyih tu gerai ni sebelah kiri... nak tengok lebih lagi pasal Laman Cendol ni, boleh terus buka FB Laman Cendol Beranang ni ok... 



Comments

  1. Bestnya tengok tempat dia tu. Dah la saya ni peminat tegar cendol dan ayam goreng berempah hehe. Kalau ada rezeki ke sana nak singgah la.

    ReplyDelete
  2. bestnye kalo dapat pekenaq cendol kat tempat macamni. rasa tenang jea jiwa tengok deconya..saya pulak hantu cendol

    ReplyDelete
  3. Tempat dia sangat menarik.. akak pon suka cendol gak Moha.. nampak best jer makanan yg disajikan..

    ReplyDelete
  4. Nasi ayam tuuu nampak menyelerakan
    Memang kena ngan air cendol. Mmm....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah

Resepi Ikan Bakar Paling Senang