BERCUTI LEBIH MUDAH DAN SELESA BERSAMA COSMODERM TRAVEL PACK

Assalamualaikum...


Jumaat lepas Moha sekeluarga bercuti di Legend Cherating, Kuantan bersempena Hari Keluarga KBBA9. Seronoknya dapat jumpa mereka. Sebahagian ahli yang sertai hari keluarga kali ni, ada yang Moha dah pernah jumpa dan ada juga yang cuma berborak melalui whatsapp saja. Tak sangka semuanya ramah-mesra macam dah kenal lama. Takdelah terasa kekok nak bergaul kan?



Percutian bersama keluarga kali ni Moha bertemankan set travel Cosmoderm dan 2 lagi produk penjagaan kulit dari Cosmoderm. Mudah nak bawa satu pek ni sebab dilengkapi dengan beg ringkas yang boleh memuatkan kelima-lima produk yang Moha guna ni termasuk sehelai tuala muka.

Ada 3 produk asas iaitu, Advance Moisture Therapy Cream, Tea Tree Oil Magic Body Lotion & Vitamin E Cream. Untungnya kali ni ada tester BB Cream yg sesuai digunakan sebagai sun block. 

Yelah, dah nama pun bercuti di kawasan pantai kan? Tentulah kena jaga kulit lebih dari biasa. Lebih-lebih lagi aktiviti kali ni banyak di tepi pantai. Sudah tentunya terdedah di bawah cahaya terik matahari.

Kulit Moha agak sensitif kalau terdedah lama bawah cahaya matahari. Kalau tak jaga, habislah.. kesannya kulit Moha boleh jadi merah melepuh seolah-olah terkena air panas! Aduh..pedih!! Jadi dengan adanya pek travel Cosmoderm ni, Moha rasa lebih selamat dan selesa jika hendak mejalani apa-apa aktiviti luar. Lebih-lebih lagi produk yang ada dalam travel pack ini bebas dari paraben, sls dan sles. Dan paling penting 100% Halal.


Waktu mandi, Moha menggunakan Mandian Badan Minyak Tea Tree atau nama komersialnya TEA TREE OIL SHOWER GEL (TTOSG).

Istimewanya mandian ni, gel jernihnya 2 kali lebih pekat dari gel mandian lain. Jadi guna sikit pun dah mencukupi. Wah, super jimat ni. Betul tak? Tak perlulah risau gel mandian tak cukup walaupun isi kandungan sebotol ni cuma 80ml saja. Ala..Kata nak bercuti? Sesuai sangatlah bawa sebotol gel mandian ni bersama. Ringan sikit beg kita.

Gel mandian ini juga berbau harum yang sangat menyegarkan badan. Selain membersihkan, ia sekaligus menghilangkan bau peluh dan rasa lesu pada badan. Kulit alergi sabun? Jangan risau.. mandian ini bebas dari paraben, sls dan sles. Jadi orang yang ada masalah hypo alergic pun boleh guna gel mandian ni. Senang cerita, seisi keluarga boleh gunalah. Tak kiralah jenis kulit kering atau berminyak sekalipun. Memang berbaloi!

Pernah dengar jerawat tumbuh kat badan? Ok, kalau korang hadapi masalah ni, Moha syorkan korang guna gel mandian TTOSG ni. Sebab mandian ni juga dah diformulakan khas untuk mereka yang mempunyai masalah badan yang berjerawat. InsyaAllah jika konsisten guna, masalah jerawat pada badan pun boleh diatasi.


Kemudian, sapu  Tea Tree Oil Magic Body Lotion (TTOMBL) ni pula di badan, tangan dan kaki. TTOMBL ni losyen badan pelbagai fungsi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. 

TTOMBL ni membantu mengurangkan jerawat badan dan iritasi pada kulit. Kandungan Aloe Vera, Vitamin B5 dan E di dalam losyen ini membantu melindungi dan mengekalkan kelembapan kulit juga mencegah bau badan agar kita berasa nyaman sepanjang hari.


Sebelum keluar memulakan aktiviti, Moha sapu Vitamin E Cream pula pada kulit muka bagi merawat dan memberikan kelembapan intensif kepada kulit muka Moha ni. Kulit muka Moha agak berminyak di bahagian hidung tapi agak kering di bahagian dahi. Penggunaan Vitamin E Cream ni dapat membantu menangani masalah kulit berminyak, parut pembedahan, parut jerawat, rekahan kulit, selar matahari, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan kedutan pra matang melalui cara dwi tindakan krim ini bersama minyak Rose E yang kaya dengan anti oksidan yang bertindak secara efektif.


Krim Pelembab Terapi ni pula kombinasi ekstrak herba, minyak zaitun dan aloe vera bagi membantu meredakan iritasi kulit. Juga melembutkan permukaan kulit tangan yang kering, kasar, gatal dan menangani masalah kulit merekah dan tebal pada tapak tangan dan tumit kaki.


Memandangkan nanti nak buat aktiviti luar, Moha sapu BB Cream ni yang mengandungi minyak tea tree, minyak jojoba, kulit kayu manis dan glutathione. Sangat membantu melindungi kulit dari pencemaran dan dari sinaran UVA & UVB dengan kandungan SPF 35 PA+++ di dalamnya.  Jika selalu digunakan, kulit akan menjadi lebih lembab dan anjal. BB Cream ni ada dua jenis. Yang Moha dapat ni warna hijau. Sesuai untuk kulit berminyak. Yang warna kuning pula sesuai untuk kulit normal dan kering. So korang pilihla mana yang sesuai ikut jenis kulit korang ye.

Lepas sapu rata BB Cream ni di muka, Moha dah tak pakai apa-apa mekap lagi. Malas pun ye..haha.. jadi cukuplah Vitamin E sebagai pelembab dan BB Cream sebagai sun block untuk kulit muka Moha ni.

Moha sangat-sangat syorkan korang bawa set travel Cosmoderm bersama setiap kali bercuti. Kulit kita ni perlu dijaga rapi memandangkan sekarang lapisan ozon semakin nipis dan kuman juga bakteria semakin banyak. Lebih-lebih lagi jika bercuti ke tempat yang berbeza suhu, musim dan cuaca.

Nak tau lagi tentang semua produk Cosmoderm ni, atau macamana nak dapatkan, bolehla layari laman web dan media sosial rasmi Cosmoderm: 

Website:


Comments

  1. Memang best kannn travel pack Cosmoderm. Senang bawak jalan

    ReplyDelete
  2. Semua produk Cosmoderm best, berbaloi dan tak rugi kalau beli.

    ReplyDelete
  3. Senang bila travel. Bawak je kan travel set nie

    ReplyDelete
  4. Semua promote ni..nak kena cari ni travel.pack

    ReplyDelete
  5. Untung rs diperkenalkan dgn Cosmoderm.
    Sebab semua lotion dan cream bebas minyak

    ReplyDelete
  6. Kak Ti pun dah try dah.. memang best product Cosmoderm ni..

    ReplyDelete
  7. qaseh suka gila shower gel cosmoderm , wangi !

    ReplyDelete
  8. produk cosmoderm ni memang best, IQ suka sangat pakai!

    ReplyDelete
  9. Mmg kena dapatkan set travel Cosmoderm utk seisi keluarga.. best pakai satu family

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Resepi Ikan Bakar Paling Senang