Advertisement

3 Tahun Lagi

Jumaat : 15 Ogos 1980


"Kecil sangat. Tak berasa pegang. Ingatkan tak panjang umur. Mujurlah hidup" 

Terngiang-terngiang ayat arwah mak bila dia bercerita tentang kelahiran satu-satunya anak bongsu dia yang hidup ni. Ya, syukur alhamdulillah. 

Tiba-tiba berdebar rasanya. Anak-anak masih kecil. Masih jauh lagi perjalanan hidup mereka. Sempatkah Moha bimbing dan beri tunjuk ajar? 

Syukur Allah panjangkan usia sehingga harini. 3 tahun lagi nak capai usia 40-an. Sekejap saja rasanya. Masih banyak yang belum dicapai. Teringin nak jadi seperti orang yang dah berjaya. Impian masih ada. Harap terlaksana juga suatu hari nanti. 

Buat diri sendiri, selamat hari lahir. Semoga Allah berikan segala kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkan dari seksa api neraka. Aamiin ya rabbal alamiin...


Post a Comment

4 Comments