Posts

Showing posts from August, 2017

MANGROVE TOURS ~ HAFIZ'S CHERATING ACTIVITIES

Image
HUTAN PAYA BAKAU SUNGAI CHERATING, PAHANG



Sekali lagi, kami menjejakkan kaki di Hafiz's Cherating Activities. Siap memakai jaket keselamatan, kami diberi taklimat mengenai Hutan Paya Bakau. Masa belajar dulu adalah juga belajar tentang Hutan Paya Bakau dan kepentingannya terhadap ekosistem alam semulajadi. Tapi dah lama ni, terlupa dah. Huhu..


Kali ni dapat informasi secara langsung dari  Encik Hafiz, pengkaji dan pengusaha yang giat memulih dan memelihara hutan paya bakau di sini memandangkan beliau juga pengkaji serangga unik kelip-kelip.


Usaha beliau itu boleh dilihat dengan kebersihan dan ketenangan di sungai itu sendiri. Bersih tanpa sampah. Ini penting kerana jika habitat terganggu, maka sukarlah haiwan liar dan kelip-kelip kekal di sini.


Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, Moha hampir terlena. Manakan tidak? Angin yang menyapu muka terasa nyaman dengan pemandangan yang cantik dan suasana yang damai. Macam terapi minda pula rasanya. Relax dan santai.


Sesekali kami berhent…

SELAMAT JALAN CHAMPION ~ ACARA MELEPASKAN ANAK PENYU DI PANTAI CHERATING

Image
Sekembalinya kami ke resort, terus menuju ke pantai. Di sana nanti akan diadakan acara melepaskan anak-anak penyu ke lautan luas. 

Sebelum acara bermula sedikit penerangan diberikan. Anak penyu yang akan kami lepaskan ni baru berusia 3 hari. Peluang untuk mereka selamat sangat tipis. 

Berkemungkinan anak penyu menjadi mangsa kepada hidupan laut yang lain atau pemangsa lain seperti burung helang.

Sekiranya anak penyu yang dilepaskan itu berjaya survive sehingga dewasa, ia pasti akan pulang ke pantai ini semula untuk bertelur.
Inilah CHAMPION. Moga dia selamat membesar dan kembali ke sini semula nanti
Bagaimana nak tahu telur yang dikeluarkan itu penyu jantan atau betina dengan melihat di mana lokasi ibu penyu bertelur. Jika bertelur di kasawan lapang, maka kesemua anak penyu adalah penyu betina. Manakala jika bertelur di bawah pokok, kesemua anak penyu adalah penyu jantan.



ROMBONGAN KE KUALA KEMAMAN, TERENGGANU

Image
DEMO BUAT KEROPOK
 ~KEROPOK CAP INTAN~

Selepas makan tengahari, team KBBA9 bersama keluarga masing-masing menaiki bas bertolak ke Kuala Kemaman. Ada juga yang memandu sendiri memandangkan bas penuh. Perhentian pertama kami di Kedai Keropok Cap Intan.


Di sana kami ditunjukkan demo cara-cara membuat keropok lekor. Kemudian kami diberi peluang membuat keropok lekor. Moha bagi peluang pada geng lain yang buat sebab Moha dah pernah buat sendiri keropok lekor ni. Arwah mak dan bak dulu pun ada buat perniagaan keropok lekor di Mersing dulu. Boleh baca resepi Moha kat sini.


Kak Tati, Kak Dila dan Bella tak lepaskan peluang mencuba bakat menggentel keropok. Keropok yang siap dibentuk terus direbus dan dijual kepada yang ingin membelinya. Moha beli juga sebab suka makan keropok lekor rebus yang masih panas. Kami juga dijamu keropok kering dan keropok lekor goreng beserta air minuman di sana. Selesai membeli-belah, kami ke destinasi seterusnya, Pasar Ikan Kuala Kemaman.

PASAR IKAN KUALA KEMAMAN


G…

BELAJAR MENYELAM DENGAN MUCK DIVE SCUBA

Image
Habis acara telematch, berehat sekejap sementara nak tunggu acara seterusnya iaitu belajar menyelam dengan Muck Dive Scuba.


Sementara menunggu tu, sempatlah Moha, Kak Dila, Kak Tati dan Kak Nina panjat batu replika yang ada di tengah-tengah kolam tu. Kalau nak panjat sorang-sorang tu Moha segan sikit.


Bila ada geng, buat macam tempat sendiri pulak Moha ni kan? Heee...kasi canlah. Sesekali je ni.


Kesian Min tak dapat join sebab kaki dia luka. Takpe Min..next time datang lagi panjat batu dengan abang. Jangan lupa pose Titanic ok? Hehehe..Syok aih duduk atas tu. Walaupun panas terik, tak terasa panas sebab angin kat atas tu best je.. uiii..boleh khayal duduk situ lama-lama.


Kami berkumpul di tepi kolam mendengar penerangan mengenai skuba. Cara menggunakan peralatan skuba dan beberapa perkara penting tentang skuba diterangkan. Moha ni jangankan menyelam, berenang pun tak lulus. Elok juga kalau belajar menyelam ni. Sekurang-kurangnya tau jugalah teknik-teknik menyelam yang betul. Nanti da…

TELEMATCH & SEA RAFTING YANG HAPPENING

Image
HARI KEDUA DI LEGEND CHERATING
Kalau ikutkan dalam tentatif program, lepas subuh tu sebenarnya nak pergi tepi pantai tengok matahari terbit. Tapi tak kesampaian sebab si Amsyar meragam. Takpelah dapat tengok dari beranda pun jadilah. Korang kalau datang sini jangan lepaskan peluang tengok matahari terbit ni. 

Pemandangan waktu tu SubhanAllah.. cantik sangat diiringi bunyi ombak menghempas pantai lagi. Timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan pada waktu tu. Cukup tenang. Setenang air di kali.
Pukul 7 pagi kami turun bersarapan. Menu sarapan di sini memang banyak dan tidak mengecewakan. Nasi lemak, bihun goreng, bubur, lempeng kelapa, dan banyak lagi siap sedia untuk dijamah. Makanlah apa saja yang berkenan di hati. Tapi ingat! Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan. Ambil sikit-sikit kemudian tambah lagi. Jangan ambil banyak-banyak lepas tu tak habis makan. Sayang rezeki dibuang begitu saja.






LARI-LARI DALAM GUNI, KALAU JATUH BANGUN SENDIRI
Selesai makan kami jalan-jalan sekita…