Banner

Wednesday, 26 July 2017

Dia nak makan apa sebenarnya?

Assalamualaikum...



Harini buntu betul rasanya..tak tau nak masak apa. Kalau asyik menu yang sama je, muak lah pula. Orang kat rumah ni tak kisah pun. Masak jela apa menu, diorang makan je kecuali sorang budak kecik tu..huhu.. susah betul nak pikat selera dia.
Kadang-kadang berselera dia makan sup.. nanti selang seminggu masak sup lagi, dia dah tak nak. Padahal bukan tiap hari pun masak sup...

Sesekali nasi goreng cina paling banyak dia makan. Tapi selalunya nak habiskan 3 suap pun payah. Ayam goreng pun makan sikit je...padahal sedap oii ayam goreng tu.. abang boleh makan berketul-ketul tau..
Tu belum pasal susu formula lagi tu... dah macam-macam sample susu Moha cuba bagi dia minum.. minat dia cuma sekejap je. Kali pertama bagi nampak berselera dia minum susu tu.. kali kedua dan seterusnya, tak pernah luak pun susu tu.. terpaksalah Haziq yang habiskan.. Haziq suka sangatla dapat minum susu.. memang kegemaran dia..

Sekarang ni Amsyar lebih kerap menyusu badan je. Jadi Mohalah yang kena pastikan bekalan susu badan untuk Amsyar sentiasa mencukupi. Kalau tak meragamlah dia nanti.. perut lapar tapi tak nak makan. Macamana tu? Haish...

Kadang-kadang bila makan di luar, Moha akan minta menu yang Amsyar boleh makan sama. Tapi bila dia tak berap nak makan, aduhai...terpaksalah mama dia yang habiskan (baik order yang mama nak makan je)..ngeeee

Setiap malam, Moha rasa susah hati bila tengok dia tidur.. sangat berharap dia tidur dengan perut yang kenyang. Tertanya-tanya juga, cukup ke setakat minum susu mama ni je? Kenyang ke? Dahla susu mama tak banyak mana.. tak sempat nak penuh dia dah mintak... Hmmm..... risau susu tak cukup punya pasal, cepat-cepat bancuh milo dan cicah biskut. Dengan harapan boleh hasilkan susu lebih banyak. Bila dia dah menyusu tu memang takdelah sekejap.. sampai tertidur kita dibuatnya.. dia tu mata je pejam, menyusu tetap menyusu..cubalah cabut kalau nak dia melalak..huhuhu..tak sanggup oiii..

Tak lama lagi dia nak masuk 2 tahun. Bimbang dia tak cukup nutrien je.. camne nak membesar dengan sihat dan kuat camni? Nanti kena komplen lagilah jawabnya dengan misi kat klinik tu kang..."Amsyar ni berat dia turunlah.. pastikan dia makan ye puan..." huaaaa...camno den nak buek ni haaaaa


5 comments:

  1. budak2 kak moha, memang susah nak bagi makan, nak ikut selera dia pun dia xreti nak bagitahu nak makan ape. sama la kita kak moha, kalau makan luar tu, order la menu yang dia boleh makan, sekali dia xnak makan, dah sudah...kita plak kena habiskan...baik order menu yang kita nak makan je.. haha!

    mak2 ni risau benor anak tak makan, anak2 plak makan tak mau, pening kepala dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Samalah macam Rayyan kak hari tu , tp sekarang nampak dah dia makin suka makan dr sebelumnya .. dia suka mee sup .. cekodok , try buat pasta hihi

    ReplyDelete
  3. Fariza suka makan mihun, mee gitu..nasi tgk lauk..kalau sedp, dia makan..susah nak paham budak ni..ahaha

    ReplyDelete
  4. Bila siaorang dah mula aktif bermain ke sana ke mari mmg kurang la sikit bab2 nak makan ni .. tapi takpe Moha anak mnum susu insyaallah dia dapat khasiat yg diperlukan utk tumbesaran diaorang.

    ReplyDelete

Family Day KBBA9 2017 Di LEGEND Cherating, Pahang

Alhamdulillah...hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba..semangat betul Haziq dan Amar. Pagi-pagi dah bangun dan bersiap. Nak mandi kolam ka...