Posts

Showing posts from July, 2017

Dia nak makan apa sebenarnya?

Image
Assalamualaikum...


Harini buntu betul rasanya..tak tau nak masak apa. Kalau asyik menu yang sama je, muak lah pula. Orang kat rumah ni tak kisah pun. Masak jela apa menu, diorang makan je kecuali sorang budak kecik tu..huhu.. susah betul nak pikat selera dia. Kadang-kadang berselera dia makan sup.. nanti selang seminggu masak sup lagi, dia dah tak nak. Padahal bukan tiap hari pun masak sup...
Sesekali nasi goreng cina paling banyak dia makan. Tapi selalunya nak habiskan 3 suap pun payah. Ayam goreng pun makan sikit je...padahal sedap oii ayam goreng tu.. abang boleh makan berketul-ketul tau.. Tu belum pasal susu formula lagi tu... dah macam-macam sample susu Moha cuba bagi dia minum.. minat dia cuma sekejap je. Kali pertama bagi nampak berselera dia minum susu tu.. kali kedua dan seterusnya, tak pernah luak pun susu tu.. terpaksalah Haziq yang habiskan.. Haziq suka sangatla dapat minum susu.. memang kegemaran dia..
Sekarang ni Amsyar lebih kerap menyusu badan je. Jadi Mohalah yang…

TIPS ELAK MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK DENGAN SERUM RAMBUT FRESHR

Image
Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing.   Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Korang baca sampai habis dan share kat kengkawan korang juga tau. Sebab banyak tips-tips ni korang boleh cuba dirumah sendiri!   Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur
1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang
Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. 
Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu,…

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Image
Assalamualaikum.... selamat pagi..
Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa rencah pun..cuma racik bawang putih dan bawang besar dan cili kering, tumis..pecah telur, tuang kicap dan air.. tabur garam dan gula.. letak kue tiaw dan sawi..gaul-gaul rata, tutup api terus hidang.. sempoi-sempoi pun licin juga makan 2 orang.. huhu... gitula kalau masak style campak-campak. Dah habis makan baru teringat... "alaaaa...lupa ambil gambar.." erm..nasiblah labu... sape suruh lupa?

Lepas sarapan pagi tu ambil 3 jenis ni dulu.. letak siap2 dlm bekas kecil supaya lebih mudah dan cepat.. nak ke mana-mana cuma bawa bekas kecil tu je..
Kenapa orang selalu skip makan suplimen?
Antara sebabnya terlupa.. kadang-kadang teringat nak makan tu masa tengah sibuk buat kerja..malas nak buka setiap botol pun ye juga..
Yang seronoknya bila ada orang dah sediakan semua tinggal nak telan je macam dok kat wad la.. bila sampai masa makan ubat, nurse …

Rindu

Image
Assalamualaikum.....
Belek-belek gambar dalam telefon. Sedang memilih mana yang perlu dibuang sebab "storage" dah mula nak penuh. Ni yang "boring" kalau ram kecil ni. Cepat sangat penuhnya. Sesekali dalam hati tu mengeluh juga.. cemburu bila tengok orang lain punya gajet yang lebih canggih dan lebih mahal.. Astaghfirullahaladzim... Ya Allah... ada masa, hambamu ni kurang bersyukur dengan rezeki yang kau dah berikan.. dugaan tu ada je di mana-mana... kuatkanlah hati ni.. bersyukurlah selalu Moha... insyaAllah ada rezeki lain nanti... 
Tengah pilih-pilih tu terpampanglah gambar kek-kek yang Moha pernah buat beberapa tahun lepas. Rindunya nak baking dan menghias kek. Walaupun hasil seni Moha tak seberapa, tapi seni begini yang menjadi salah satu minat Moha dari kecil lagi. Memang teringin sangat nak buat kek yang cantik-cantik macam pakar tu.. tapi apakan daya... tangan keras lagi..hihihi


Ini kek pertama yang Moha buat menggunakan resepi sendiri. Kek Red Velvet Rosse…

ADAB KAT MANA?

Image
Assalamualaikum.....
3 hari lepas kami ke Semenyih. Tujuannya nak cari basikal atau kereta mainan untuk Amsyar. 
Pergi pun dah pukul 6 petang. Hari Ahad pulak tu. Tak sangka banyak kedai dah tutup. Uishhh... awalnya.. musykil aiii..huhu.. dorang pergi beraya ni...
Meronda keliling Semenyih cari kedai yang buka. Akhirnya jumpa satu kedai depan The Store. Masa tu ada seorang lelaki melayu dengan 2 orang anak perempuannya dalam lingkungan umur 5 dan 1 tahun lebih rasanya kat kedai tu. Si kecil tengah duduk atas kereta mainan manakala si ayah melayan yang kakak nya tengah pilih basikal. Cara dia layan anak-anak dia, Moha bagi 5 bintang. Memang baik je layanan dia kat anak-anak dia. Suka tengok. 
Masa Moha nak masuk kedai tu, laluan agak sempit. Tambahan pula anak dia yang kecil tu tengah main kereta di laluan tu. Jadi kami ni cubalah menyelit lalu sehabis baik supaya tak terlanggar si kecil tu. 
Dapat je masuk, kami mula memilih. Amsyar pun kemain teruja memilih sama. Terus duduk atas ke…