Banner

Monday, 26 June 2017

DIY SARUNG SOFA SIAP AKHIRNYA

Assalamualaikum....

Fuhhh... lega.. akhirnya siap juga sarung sofa Moha ni. Itupun "bercinta" nak menyiapkannya.. terpaksa redho dengan hasil yang kurang memuaskan hati ni. Nak buat macamana... kita bukan bidang jahitan ni.. inikan pulak nak baikpulih sofa sendiri..


Selagi tak siap, selagi tulah hati tak tenteram... semalam juga Moha cuba siapkan. Dah siap terus pasang. Ambil iron dan iron langsir. Ubah susunatur perabot dan gubah bunga sudut. Siap kemas bahagian ruang tamu. Baru ruang tamu, ruang lain..??? Huhuhuhu......


Kuih raya pecita? Banyak sangat kalau nak diceritakan..hahaha... konon-konon nak buat... tapi sampai sekarang tak buat lagi. Yang ada cuma kerepek pisang. Tu pun beli je dari kampung. Mana semangat raya ni?
Entah.....

Amsyar demam pula... semalam berbuka di luar dan membeli-belah baju raya di Jakel Senawang. Meriah betul. Ada speaker yang melelong baju. Baju kurung yang harga asalnya RM209 jadi RM125 sepasang.. jauh tu junam.. tapi Moha tak ambil pun... baju kurta Awal Ashaari pun junam gak dari RM 129 ke RM85.. Baju Melayu sepasang bernilai RM199 junam ke RM150 percuma sampin bernilai RM100 dan set butang baju diamond bernilai RM20. Berbaloi...memang berbaloi. Tapi yang kami beli semalam cuma kurta untuk suami dan anak-anak saja... kaki dah lenguh..

Harini tak taula nak keluar atau tak. Harap-harap demam Amsyar sembuh. Aamiin...

Saturday, 17 June 2017

TERPUKAU DENGAN 1 PANGGILAN

Allahuakhbar... bederau darah bila baca kes isteri Ben Ashaari kena pukau. Dah selalu dengar pasal ni. Tapi tak sangka pula hal ni terjadi kat orang yang dikenali. Korang boleh baca kat sini.

Credit pic : Ben Ashaari

Moha selalu juga dapat panggilan telefon dari nombor yang tak disimpan dalam telefon ni. Maknanya Moha memang tak kenal siapa pemanggil tu. Jadi Moha memang takkan jawab.

Kebelakangan ni selalu dapat panggilan dari no ni +919350257344... tertulis dari india. Wow.. SRK call ai ke? Ke Rajnikhan? Hahaha..... walaupun peminat filem tamil dan hindi, Moha belum ada kenalan dari sana lagi ye...huhuhu... 

Dari private number pun banyak kali juga... aish...glamer pulak tiba-tiba...hihihi.. 

Pernah terfikir mungkin tu panggilan penting. Tak angkat nanti camne? Tapi apa guna ada wasap..sms... boleh je guna kalau betul-betul penting. Kan? Apa-apapun benda camni boleh terjadi pasa sesiapa je. Pukau kan? Manala kita boleh berfikir logik masa macamtu. Mujur isteri Ben Ashaari cepat tersedar dan cepat ke Balai Polis. Kalau tak? Allah.... semoga kita semua dilindungi dari hal-hal macamni... aamiin..

Friday, 16 June 2017

PROJEK TERGANTUNG

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah hari ni dah 21 Ramadhan... dalam masa yang sama hati bedebar-debar... kenapa?

Apapun tak siap ni haaa... aduhai...

Langsir memang dah siap pasang.. tapi belum gosok. Masih nampak kesan lipatan.. dari hari ke hari nak ambil steam iron dalam kotak kat tingkat atas tu.. tak ambil-ambil.

Ni projek nak menjahit sarung sofa pun tak settle lagi. Hmmm... 9 hari lagi oiiii.... sempat ke ni? Baru nak duduk menjahit Si Amsyar dah tarik tangan mintak itu ini.. tak dapatlah menjahit. Sekarang kalau dia nak tidur, dia nak tidur sambil menyusu berbantalkan lengan mama ni ha. 

Ingat bila dia dah tidur tu boleh ke mama dia ni nak bangun? Kirim salam!! Nan hado jawabnya... dengan dia2 bangun sekali. Nak suruh dia tidur balik? Hmmh.. memang takdelah dia nak sambung tidur.. sambung meragam tu adalah.. jadinya sekarang ni kalau dia tidur, mama dia pun tidur sekalilah.. hahaha... nangislah tengok projek yang tergantung ni... eh.. apesal terngiang-ngiang lagu kak ramlah ram pulak ni?

Mama mengemas, dia mengemas juga.. bagus dia ni..rajin..

"Sukarnya... untukku.. berpisah denganmu... kau kunci... cintaku di dalam hatimu... sehingga ku lemas...bila kau..tiada di sisiku..."

Perli la tu...huh!!! Menci.... huhuhu... kalau ada kayu magic cam Harry Potter tu...memang lama dah guna.. ubah terus rumah ni jadi istana... pergh..lawa umah pastu....hahaha... kuat giler berangan.. oklah pejamkan mata jap... sambil mimpikan yang indah-indah.. bye

Wednesday, 14 June 2017

BAHAYA KOPI BADANG




Tak sangka betul..... betul-betul tak sangka..  seminggu Moha minum kopi ni.. camni jadinya.. bahaya betullah penangan kopi ni.....

Dahlah rasa sedap... 100% kopi asli... sebijik rasa kopi tarik.. senang pulak tu nak sediakan... satu keluarga tak kira peringkat umur boleh minum.. (err kecuali bayi berumur bawah setahun..) murah pulak lagi.. esh...  tak boleh jadi ni...


Jadi, apa yang bahayanya kopi ni? Eh...  Bahayalah.... sebab apa tau? 

1. Anak-anak Moha dah pandai bancuh sendiri kopi ni..... sepeket diorang kongsi berdua... diorang dah suka dengan rasa kopi ni... yang jadi bahanya, cepatla habis stok kopi camni.. huhuhu.... diorang cakap lepas minum kopi ni, segar mata masing-masing nak belajar.. kalau tak... sekejap je dah mengantuk... dah diorang bagi alasan camni terpaksalah mama redo... ngeee..  kopi tinggal 4 sachet...

2. Bahaya kalau minum silap masa.. "wrong timing" kata omputih.. jangan minum lepas berbuka... tak tidur la jawabnya... memang tak mengantuk langsung... Moha minum secawan pun mampu berjaga sampai pukul 7 pagi.. yahoo... inilah peluang bagus untuk siapkan segala jerja tertunggak...siang boleh join Amsyar tidur... yeay.... ahhh bahaya pun bahayalah... yang penting tak mudaratkan organ dalaman sudahla... betul tak? 


Eh... peluang jadi stokis masih dibuka tau... boleh dapat kereta lagi... tak rugi jadi stokis awal-awal ni... boleh pulun jualan kaw-kaw punya.. kopi pun senang jual.. takde di pasaraya tau kopi ni.. cuma boleh beli dengan stokis sah sahaja.9.. haaa... menarik tak... nak tau lagi details, korang boleh tengok kat fb page Kopi Badang ni.

Ok? Jangan lepaskan peluang yang ada. Sambar cepat... insyaAllah hasilnya lumayan..

Sumber gambar : Ben Ashaari

PERLUKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI...

Assalamualaikum....

Kebelakangan ni ada terbaca tentang isu ni di media sosial. Ada sesetengah doktor kata, tak perlu ambil suplimen kononnya hasil kajian saintis itu hanya menjadikan pengguna sebagai eksperimen.

Tadi terbaca lagi satu yang menyokong pengambilan suplimen atau makanan tambahan untuk kesihatan ni. Tak naklah taip banyak-banyak.. moha copy paste terus di sini untuk korang baca. No edit at all...

*********

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran. Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Persoalan yang selalu ditanya adalah;

“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”

Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.

Saya selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah  kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.

Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia. Didalam buku saya, ‘Hindari Kanser dengan Anti Oksidan’, saya telah menyenaraikan kajian-kajian saintifik tentang anti oksidan yang berkaitan dengan kanser dan pencegahannya.

Terdapat juga banyak kajian menunjukkan pengambilan supplemen omega 3 mampu membantu menurunkan paras kolesterol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang telah saya tulis dalam buku saya ‘Omega 3: kepentingannya kepada kesihatan’. 
Begitu juga pengambilan probiotik sebagai suplemen harian  mampu meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah allergi dan mencegah kanser usus.

Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan ‘GULA’ yang berlebihan ditambah lagi  dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia.  Budaya makanan segera yang dibawa dari barat memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.Pemakanan seimbang masa kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata. Hakikatnya ianya tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya  suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga  keseimbangan metabolisma sel-sel tubuh manusia.

Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang  kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.

Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.

Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.

Sikap sesetengah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat tabiat buruk ini. Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Tetapi perlu diingat bahawa pemakanan seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit  kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan hanya bergantung kepada pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka. Perlu juga di ingat walaupun sesuatu perkara yang baik tetap ada hadnya, pengambilan suplemen ini perlu mengikut dos yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan makanan sihat masih perlu diamalkan untuk mendapat kesan kesihatan yang optimum.

Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Man), MScAARMMA(UCSI), FAGE
MMC: 36627

Pengamal Perubatan Am dengan
Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Anti Penuaan, Esthetik & Perubatan Regeneratif

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1009847122452100&id=282487065188113

************

Tiada paksaan sebenarnya.. nak ambil atau tak terpulang pada diri masing-masing. Bagi Moha, Moha dah rasa kesan pengambilan suplimen ni macamana hasilnya.. jadi Moha setuju dengan  Dr Norman.. korang pulak?

Tuesday, 13 June 2017

Bila Nafsu Jadikan Kau Hamba

Hmmm..bila baca yang ni, tak tau nak express macamana.  Kesian anak-anak yang dipergunakan seperti ni. Rosak masa depan mereka.. entahla... korang bacalah ye.. tak sanggup nak ulas apa2... zaman sekarang lelaki ke perempuan, semua berisiko. Manusia gila yang mengutamakan nafsu ada je kat mana2... hati-hati dan waspada selalu ye

**********

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.
Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.

‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.
Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”
Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.

Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki.
Berbagai bangsa.
Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.
Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.
Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…
Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.

Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.
Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

1. bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti
3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita.

Tanamkan sifat malu pada dirinya.
Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.
Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!

Oleh :
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

#cp
#ambiliktibar

Wednesday, 7 June 2017

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah

Assalamualaikum.....



Majoriti tekak melayu sukakan nasi. Kalau tak dapat nasi dalam seminggu, boleh rosak sistem satu badan...waaa.. melampaunya perumpamaan...hahaha

Ada orang suka nasi putih yang berderai. Ada yang suka melekit macam pulut.. ada juga yang suka nasi lembik atau lembut. Tak kurang yang suka guna beras wangi, beras basmathi, beras hancur... Korang suka yang macamana?

Masa bujang dulu, masa masih duduk dengan keluarga, arwah mak memang masak guna beras wangi. Jenama sakura. Sedap.. tapi cepat muak. Okla tu.. takdelah makan banyak nasi.. karbohidrat tu... mok-mok nanti.. haruuuuu.... hahaha


Tapi bila dah kawin, partner tak gemar nasi putih wangi-wangi ni. Melainkan selain nasi putih atau nasi lemak. Itu takpe wangi. Pastu nasi putih biasa yang lembut je dia suka. Kalau masak keras sikit sure kena komplen. Tercekik katanya..huhuhu.. ikut jelah... Moha pun suka nasi yang lembut dari yang keras. Memang tercekik pun kalau yang keras tu..

Adakalanya bila masak nasi, nasi jadi mentah. Masaknya tak sekata. Moha selalu terkena sebelum ni. Tak kiralah masak guna rice cooker atau dapur biasa. Apa yang Moha perasan, punca nasi Moha mentah disebabkan:

1. Kadang-kadang terlupa nak kais-kais nasi tu bila air dah kering.

2. Anak asyik buka tutup penutup rice cooker. Ni kalau Moha masak nasi favourite diorang.. tak tahan bau la tu...

3. Sukatan beras terlebih muatan. Memang periuk nasi ada ukuran dan sukatan. Tapi periuk Moha tak boleh melebihi 10 cawan beras. Walaupun sebenarnya boleh masak 15 cawan beras.

Bila jadi macamni, apa penyelesaiannya? Takkan nak buang nasi tu....oissssh... sayanggg... tak baik membazir. Haa ni ada beberapa cara:

1. Ada orang, dia akan tambah air dan gaul2 sekata nasi tu kemudian hidupkan suiz atau hidupkan api dapur semula. Tapi nasi bahagian bawah berisiko jadi lembik dan yang mentah tu tetap mentah.

2. Ada juga yang ambil bahagian atas yang mentah tu dan kukus balik. Satu kerja pulak nak keluarkan satu famili kukus...kang nak basuh lagi..aduhai...

3. Haaa...yang ni Arwah Kak Long buat. Moha ada cuba cara ni dan memang terbukti berkesan. Caranya, buat lubang tengah-tengah nasi tu tapi jangan sampai nampak permukaan periuk. Kemudian ambil gelas kecil yang tahan panas. Letak air separuh gelas dan tempatkan gelas tu di lubang tadi. Tutup periuk nasi dan tekan semula button rice cooker atau hidupkan api dapur (kecil je tau). 

Hasilnya, nasi masak sekata semuanya. Takde gelas? Mangkuk boleh...apa-apa bekas la yang ado...janji tahan panas. Kang tak memasal bocor atau cair pulak bekas tu.. lagi haruuu


Siapa yang terkena macamni, jangan buang nasi tu ye.... boleh cuba cara arwah Kak Long Moha ni... memang berkesan dan yang best, tak payah nak basuh banyak perkakas..hihihi... oklah nak sambung mengemas rumah... byeee

"Makcik ooooo makcik"

Tersengih sorang-sorang baca whatsapp. Kreatif betul orang yang buat cerita ni....kagum.. asbab penulisan depa ni orang cam Moha terhibur sambil baca. Ada juga ilmu dalamnya tu..bukan lawak semata-mata... meh Moha share sini pulak.. mungkin korang dah pernah baca.. tapi apa ada hal... bacalah lagi... mana tau boleh tersengih cam Moha ni pulak ke.. kannnn?

*****************

Ada bbrp *jenis keluarga* di dunia ini:

1. jenis keluarga *Nabi Nuh* dan *Nabi Luth*, suaminya sholeh, istrinya tidak.

2 . Jenis keluarga *Firaun*, Istrinya solehah suaminya tidak.

3. Jenis keluarga *Nabi Ibrahim*, suami istri soleh dan solehah, dan anak keturunannya menjadi orang soleh.

4. Jenis keluarga *Abu Lahab*, suami dan istri sama sama derhaka.

Kemudian Ustaz bertanya: "makcik -makcik nak yg mana?"

Makcik-makcik menjawab: "Keluarga Nabi Ibrahim!!!!"

Kemudian Ustaz berkata: "Keluarga Nabi Ibrahim itu Isterinya ada 2, yaitu Siti Sarah dan Siti Hajar."
Macam mana makcik-makcikkkkk....

Makcik-makcik:
"KITA BALIK JE JOM , USTAZ TU X BEST. "

😑😑😑😑😑

*****************

Hahaha.... awat makcik marah sangat tu?  Tak pasal-pasal uztaz jadi tak best..huhuhu

Kopi Badang

Assalamualaikum...


Semalam Moha order Kopi Badang dengan PakYa...alhamdulillah.. harini dah dapat..
Jadi waktu berbuka tadi, Moha bancuhla kopi tu untuk satu keluarga minum. Satu jug tu Moha gunakan 4 peket. Untuk suami, kopi panas..untuk Moha, Haziq, Amar dan Amsyar, mestilah kopi ais...barula best.

Apa rasa kopi tu?

Haaaa... rasa kopi lah.. takkan rasa milo pulak...hihihi... sori2... jangan marah2 aaaa... ok2.. rasa dia sama macam kopi kampung yang kita bancuh sendiri tu. Alaaaa... kalau kita guna serbuk kopi biasa  (yang asli tanpa campuran bahan lain) pastu kita campur susu pekat.. haaa gitulah rasa dia.. memang bukan rasa kopi segera langsung walaupun dia kopi segera.. aroma dia pun sama cam kopi susu yang biasa. Tak sekuat aroma kopi 3 dalam 1, 4 dalam 1 atau 5 dalam 1 yang lain tu... Errr faham ke? Mesti faham punyalah...Moha pasti korang seme bijak2 belaka...
Berkenan pulak tengok set cawan Kopi Badang ni

Maknanyakan, tepatla seperti yang dikatakan tu.. Kopi Badang ni takde campuran lain.. 100% kopi asli. Dah minum secawan, nak bercawan-cawan. Bukan propa tau.. kan dah bancuh satu jug untuk berbuka tadi, pukul 9.30mlm td bancuh lagi satu jug. Permintaan anak-anak Moha... sedap diorang cakap.. ..kitorang ni memang peminat kopi. Kalau beli ais blended mesti pilh perisa berasaskan kopi. Sebab tu bila diperkenalkan dengan Kopi Badang ni, terus je beli. Mesti nak rasa juga.



1.12am : Rabu : 7Jun 2017

Selalunya lepas berbuka, kalau Moha tak minum ACV tu, mata ni macam ada pemberat... ngantuk sungguh.. tapi ni lepas minum Kopi Badang menggantikan ACV, mata Moha segar lagi... dapatlah blogwalking kat blog kawan-kawan. Tapi geramnya rasa hati ni.... tak boleh nk komen pulak... dah refresh, restart phone lagi... masih tak boleh juga. Jadi Moha andaikan sendiri yang coverage line Moha dah semput...huhu..nasibla naaaaak..
Oklah... nak sambung bw... byeeee

5.43am : Rabu : 7 Jun 2017

Cakkk...hihi.. tak ngantuk lagilah...ni baru betul-betul power ni.. student yang nak stay up study tu elokla minum kopi ni. Orang yang selalu mengantuk tiap kali memandu pun sesuai juga. Mesti puas hatilah. Dahlah kopinya sedap.. bagus pulak tu....

Sumber gambar:
https://www.facebook.com/Kopi-Badang-Official-1895004064094369/

Pesanan Penaja di Hari Raya

Baca mesej-mesej di whatsapp, ada banyak juga info menarik dan tak kurang yang lucu tapi punya maksud yang dalam. Moha rasa nak kongsi kat sini pulak la.. sebenarnya tiap-tiap tahun dapat mesej ni. Ada kebenarannya juga.. mana yang baik kita jadikan teladan ye.. pandai-pandailah uruskan diri dan keluarga sendiri..

*********

POSAN DARI  OMAK @ MAK MENTUO KEK ANAK2, MENANTU2 DAN CUCU2 KOK BALIK BEGHAYO:-

1).   Omak bukan eh orang gaji yang kono siap an juadah untuk ekau anak beranak...

2).  Omak bukan eh orang gaji yang nak kono komeh an tompek tido ekau anak beranak...Pandai tido, pandaila komeh

3).  Ghumah omak bukan eh 'TAMAN PERMAINAN', jadi jago anak semasing ...jangan boghi belaghi belolah, toghojon tambam dalam ghumah nayo

4) Omak bukan bini Pordana Montori yang ado simpanan berjuta untuk sponsor makanan Ghayo kek ekau anak beranak..

5).   Omak bukan ado kodai dobi layan diri nak basuh segalo sarong bantal & cadar yang ekau tinggal an lopeh ghayo nanti. Pandai2 lah cuci & lipek dulu sebelum balik ghumah semasing...

6) Lagi, omak bukan tukang borsih pampers anak2 ekau yg di buang dalam tong sampah/ bilik air tu..cleorkan atau buang kek luar ghumah.Jangan sampai berbau satu ghumah harum semacam yo

7) Ghumah omak bukan eh Dewan Parlimen, jangan ado ipar duai, biras miras nak kocik2 hati sesamo sendighi...kalau nak borkelahi, tunggu lopeh balik dr ghumah omak

8) Ghumah omak bukan eh 'HOTEL'.... Bak den ulang laei ah,  HOOTELLL... Omak taulah kau orang dah bagi duit Ghayo... Jadi SURUH bini semasing ringan²kan diri untuk tolong kojo dapur. Jangan nak duduk melompap, menebeng yo nengok TV, Facebook, Instagram & WhatsApp...

9)  Jagolah aurat di ghumah Omak. Masa ni ipar duai biras miras yang bukan mahram pun ado...

10) Jago pergaulan anak semasing dgn sepupu2 eh....Tolong ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan Mahram...

Last sekali... Yang ke...
11) Ghumah omak ni bukan Studio Gambar yo... Jadi janganlah sibuk nak ber selfie2 bagai atau rakam gambar famili pagi2 Ghayo sampai terlupo nak ziarah rumah jiran2...

Yang Ikhlas :-

OMAK & MAK MENTUO
Kau Orang!!!
😄😄😄

Monday, 5 June 2017

Seminggu Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah seminggu kita puasa. Ramai yang dah buat persiapan raya ye? Moha apa pun belum lagi. Baju raya, kuih raya tak beli lagi...Langsir pun belum tukar.. bila nak buat entah..huhu.. "M" sangat ni....

Cantik langsir camni..tapi bukan Moha punya...pinjam gambar google..hihi

Moha tahun ni tak menjahit baju raya seisi keluarga macam tahun lepas. Tahun ni baju beli jelah... perancangannya nak jahit sarung sofa. Sofa yang dah 13 tahun umurnya tu dah teruk sangat rupa luarannya. Sayang nak ganti baru sebab struktur dalamnya masih kukuh lagi. 

Ingatkan mudah.... rupanya boleh tahan juga susah...huhu.. harap-harap berjayalah hendaknya. 

Cabaran juga nak menjahit dengan Amsyar yang aktif ni. Tengah nak menggunting kain, dia duduk atas kain yang nak digunting... tengah nak menjahit, dia panjat duduk atas riba. Kalau setakat duduk tu takpe lagi. Ini siap jadi pomen pulak. Dipusing-pusingnya segala tombol yang ada di mesin jahit tu... tak menang tangan nak kawal situasi.. mana nak jaga kain, mana nak jaga mesin...nak jaga dia lagi supaya tak jatuh..eshh..ni yang kadang-kadang boleh bertukar jadi tarzan ni...huhuhu...

Sempat ke siap sarung sofa ni? Entahlah....harap-harap siaplah... nanti nak ganti langsir lagi.. takde langsir baru pun..langsir lama je. Tukar ganti gitu jelah...jangan membazir...pakai je apa yang ada selagi boleh pakai... asalkan suasana raya tu ada, kira ok dah....

Kuih raya pun tak pasti lagi nak buat ke tak  buat tahun ni. Bedasarkan pengalaman sebelum-sebelum ni, kuih raya kurang dapat sambutan. Sudahnya sendiri buat, sendiri makan sampai habis...huhuhu...kenyang makan kuih raya jelah ek...hahaha

Sepanjang puasa ni alhamdulillah Haziq dan Amar dapat bertahan lagi. Ke sebab cuti sekolah? Kalau sekolah mesti penat kan? Dengan cuaca terik ni... Allah... Moha nak keluar rumah pun tak sanggup.. apatah lagi diorang ni yang nak duduk dalam kelas yang panas tu.. mana yang dapat duduk bawah kipas tu legalah.. yang jauh sikit dari kipas tu? Hmmm....mengipas sendirila jawabnya... 

Yang paling kesian, Amar lah... sebab dia sekolah 2 sessi.. harap-harap dapat lah dia bertahan. Setakat ni alhamdulillah.....dua-dua puasa penuh. Kadang-kadang Si Amar dan Haziq acah-acah terlupa tengah puasa..nak buat-buat terminum bagai..konon-konon nanti mama dia terkejut la.....eleh... kalau terkejut pun tu sebenarnya mama buat-buat jugak... ingat korang je terer? Mama dulu makan garam tau...Heheheh...


KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...