Advertisement

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum.....

Harini hari Ahad...minggu kedua dalam bulan Mei...juga hari sambutan Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu dan lelaki yang menggalas tanggungjawab ibu... 


Selama mak ada dulu, Moha tak pernah ucapkan selamat hari ibu padanya... kami memang tak biasa. Bukan hari ibu je, hari lahir dia pun Moha tak pernah ucap. Terukkan?


Tapi tu bukan bermakna Moha tak sayangkan mak... ah...tak guna Moha terangkan...biarlah... Allah saja yang mengetahui isi hati ni.... yang pasti rindu ni tak pernah hilang walau sebesar zarah pun...malah semakin hari semakin bertambah... disaat ini air mata jatuh jua... semoga Allah rahmati roh mak di sana.. moga arwah abg dan adik2 Moha tunggu dan bawa mak ke syurga..aamiin..

Opsss...soriiiiii...nak kongsi resepi Kek Sarang Semut terkongsi emosi pulak.... mohon maaf ye...


Oklah ni Moha kongsikan resepi Kek Sarang Semut yang paling mudah dan ringkas. Resepi ni yang pentingnya tak perlu nak perap berjam2. Resepi yang sama Moha gunakan masa ambil tempahan pelanggan SKMeals... Tak perap pun hasilnya tetap mabeles!! Hihihi...


Jom tengok resepi kat bawah ni..

Kek Sarang Semut

Bahan-bahan: 

Untuk karemel;
1 cawan gula pasir yang dikisar halus
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega
  1. Ratakan gula dalam kuali. Hidupkan api kecil saja ye...bila nampak gula dah cair sikit dan berwarna perang, masukkan air panas. 
  2. Buka api besar dan biarkan gula cair sepenuhnya. 
  3. Matikan api dan masukkan mentega. Kacau rata hingga mentega cair sepenuhnya. 
  4. Biarkan sejuk.
Bahan untuk ditapis;
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan selebihnya;
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
  1. Panaskan oven dengan suhu 170°C api atas bawah. Bergantung pada oven masing2 ye...Moha guna oven industri.
  2. Oles minyak pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.
  3. Pukul telur hingga berbuih. Masukkan susu pekat, esen vanilla, campuran karemel..gaul rata. 
  4. Masukkan bahan yang ditapis dan gaul rata dengan whisk tangan. Kalau berketul, boleh tapis ye. 
  5. Tuang adunan dalam loyang.
  6. Ok ni penting!!! Sebelum masukkan loyang dalam oven, tukar guna api bawah saja dulu ye. Selepas tu baru masukkan loyang dan bakar selama 30 minit. 
  7. Cukup 30 minit, hidupkan api atas dan bakar selama 10 hingga 15 minit lagi atau hingga masak.

Camtu jelah...selamat mencuba..


Post a Comment

0 Comments