Banner

Tuesday, 30 May 2017

Apple Cider Vinegar Surya Malaysia

Assalamualaikum.....


Haritukan (23/5/2017) Moha ada terima satu parcel dari pos laju. Memang dah tau apa barang yang sampai tu. Teruja la juga... memang dah lama teringin nak benda tu. 


Tanpa membuang masa, Moha pun bukalah bungkusan tu dengan berhati-hati...bukan apa, kalau jatuh pecah pulak..daaahh rugi....


Haa... ini lah barangnya. Apple Cider Vinegar Surya. Apa ni? Ni cuka epal... kalau selalu tengok rancangan masakan omputih tu, kan selalu gak dorang gunakan apple vinegar aka cuka epal..pengganti cuka masakan kita tu... ada yang tambah dalam sos atau mayonis gaul dengan sayur-sayuran atau buah-buahan, tambahan perisa dalam biskut, pastry dan kek, minuman dan juga sebagai bahan perapan daging, ayam dan makanan laut.

ACV Surya Malaysia ni dijual dengan harga yang mampu milik. Rasanya juga sedap tanpa bahan pengawet yang pastinya lebih menyihatkan tubuh badan. Namun begitu, apa yang penting sekali,  ianya HALAL. Jadi bolehla amalkan minum cuka epal Surya Malaysia ni tanpa was-was. 


Moha buat apa dengan cuka epal ni? 



Semalam, waktu berbuka puasa, Moha dah minum segelas. Alhamdulillah...leganya rasa tekak... segar rasa bila minum air ni. Terus terbuka selera makan nasi ayam masakan sendiri...yang mana ayamnya juga diperap dengan ACV sebelum digoreng, salad dan timun juga digaul mesra dengan ACV...eh...ada lagi satu....sos nasi ayam pun Moha letak ACV juga....patutlah sedap...licin seperiuk nasi ayam....hihihi...


Lepas berbuka, badan rasa bertenaga. Tak sama macam kelmarin. Kelmarin walaupun dah berbuka, badan semakin rasa letih dan lesu. Mengantuk jangan cakaplah...macam tak tidur seminggu rasanya...

Tapi lepas minum air ACV semalam, alhamdulillah... Moha ok. Badan rasa cergas, mata segar...sampai pukul 4 pagi pun tak mengantuk lagi. Dapatlah Moha buat kerja rumah sikit. Tu yang sambung sahur terus tu...


Masa sahur tadi, Moha dah bancuh air ni. Ikut sukatan yang disyorkan pada label. 30ml ACV bersama 180 ml air. Nampak kan air dalam gelas tu... itulah hasil bancuhannya. Rasanya camne? Hmmm... pernah tak korang minum air berkarbonat Zapel F&N? Haaa...gitulah rasa dia lebih kurang..cuma ACV ni takde gas dan takde gula. Rasa manis datangnya dari rasa madu ye... memang sedap... masam-masam manis gitu. Lagi sedap kalau minum dengan ais. Nanti nak bancuh 1 jug untuk berbuka satu famili pula... biar semua cergas dan sihat lepas ni. 


Cuka epal keluaran Surya Malaysia ni dibuat daripada buah epal segar berkualiti tinggi dari pembekal yang dipercayai dan didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang kaya dengan vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, zat besi dan fosforus. Mengandungi bahan anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang berkeupayaan meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kelemahan sistem imunisasi badan. Berwarna kuning kecoklatan dan rasanya sedikit masam disebabkan bahan utamanya asid asetik. Rasa masam ni diimbangi dengan campuran madu mentah dari ladang tempatan. Jadi tak perlu risau tentang rasanya. Anak-anak Moha selamber je minum air ACV yang Moha buatkan untuk diorang ni. Siap mintak lagi tu... dah rasa sedapkan? Mestila nak lagi...Esok pulak la ye..mama siapkan untuk sahur.


ACV Surya ni memang bagus diamalkan selalu lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ni. Sebaik-baiknya minum ACV waktu sahur dan berbuka agar dapat kekalkan kecergasan badan kita sepanjang bulan puasa kerana ia turut membekalkan tenaga dan kesihatan yang berganda. Ia juga bertindak sebagai antibiotik aktif yang dapat mencegah diarea, pedih ulu hati, mual-mual dan perut kembung. ACV membentuk antibodi baru yang kuat supaya badan tidak mudah diserang bakteria dan radikal bebas sehingga menyebabkan badan diserang demam, batuk ataupun selsema. Jika sakit tekak tu, elokla amalkan minum cuka epal ni ye. 


Lagi satu, ada fungsi detox juga ni.... pada yang hadapi masalah membuang air, elok amalkan minum cuka epal ni. InsyaAllah...sangat membantu...

Hari raya nanti bolehla hidangkan air cuka epal ni menggantikan minuman kordial atau karbonat kepada tetamu yang datang beraya. Nak masak ayam masak merah atau acar? Haaa... Chef Wan pun ada syorkan tambahkan cuka epal ni buat menggantikan asam jawa dan gula..nanti bolela cuba ye..

Cuka epal keluaran Surya Malaysia ni boleh didapati di Lazada dan Shopee untuk botol yang bersaiz 450ml.


Maklumat lanjut tentang ACV Surya ni boleh didapati di sini:

Facebook

Instagram
















Monday, 29 May 2017

Resepi Ikan Goreng Celup Tepung

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan Kareem buat semua...

Semalam hari pertama kita berpuasa. Belum pun tengahari anak-anak dah tanya nak masak apa untuk berbuka... huhu... bila mama diorang ni pun buntu nak masak apa, Si Haziq laju je bagi cadangan... "Jom pergi bazar Ramadhan"

Wah..wah... dahla sahur pertama pun kat kedai mamak... koyak poket camni. Sahur je dah rabak RM50. Mengalahkan makan kat kepsi je. Aduhai..mahal betul mamak caj. Nasi goreng cina yg rencahnya cuma telur je pun RM4 sepinggan...nasi goreng kampung yg rencahnya ikan bilis secubit pun RM4 juga.. hmm... nak bising-bising benda dah masuk perut pun... dah itu rezeki sahur kami kan? Terima jelah...

Semalam hujan sebelah petang. Jadi tak dapatla kami ke bazar. Tapi pukul 6 petang lagi Moha dah siap masak. Menu simple jelah... sup kentang, paprik campur dan ikan goreng celup tepung. Asalnya nak goreng kunyit je. Entah camana tiba-tiba terbayang ikan goreng celup tepung, cam sedap pulak...tu yang buat celup tepung tu..hihi

Tak sangka ada yang minta resepi... jadi Moha kongsi kat sinilah ye. Resepi ni Moha pandai-pandai sendiri je. Resepi ikut suka hati namanya..huhu..meh tengok resepinya ye...


Resepi Ikan Goreng Celup Tepung
Bahan-bahan

Ikan 
2 cawan Tepung gandum (asingkan 1 cawan di pinggan lain)
1 cawan Tepung beras
1 sdk Garam
1sdk Tumix
1 sdk Serbuk kunyit
1 sdb Jintan manis
1 biji bawang besar
1 sdb Ketumbar
1/2 sdk Air kapur sireh
2 cawan Air (atau secukupnya)


Cara-cara

Jintan manis dan ketumbar disangai terlebih dahulu. Kemudian dikisar bersama dengan bawang dan sedikit air. Jgn terlalu halus.

Tuang bahan kisar dalam bekas semua bahan (kecuali ikan) dan gaul sebati.

Panaskan minyak masak dalam kuali.

Celup ikan dalam bancuhan tadi, keluarkan dan lumur dengan tepung gandum yang telah diasingkan dalam pinggan dan celup semula dalam bancuhan. Terus goreng hingga garing dengan api besar.

Dah siap..... lebihan bancuhan tepumg tu boleh dibuat ala2 rempeyek tau..kalau rajin sambung goreng la..


Selamat mencuba dan selamat berbuka...




Wednesday, 24 May 2017

Siapa Mama Paling Sayang?

Susah nak jawab bila dapat soalan ni. Soalan sama yang pernah Moha tanya pada arwah mak dulu. Tapi mak relax je jawab.... "semua mak sayang".

Sekarang giliran anak-anak pula bertanya. Apa nak jawab? Jawab sama macam arwah mak, boleh tak? Anak-anak terima tak?

Sesungguhnya kasih seorang ibu tiada ukuran buat anak-anaknya. Yang pasti mama sayang semua anak-anak mama.

Dulu arwah mak dan bak sibuk meniaga. Kadang-kadang rasa terabai juga. Rasa tak dipedulikan. Pandai-pandailah jaga diri sendiri. Pergi-balik sekolah sendiri, masak sendiri... pendek kata semua kena urus sendiri. Mereka cuma tinggalkan duit belanja sekolah je. Pandai-pandailah berjimat-cermat berbelanja tu. Nak minta lebih, memang tak berani. Bukan takut kena marah. Tak... mak tak pernah marah. Cuma Moha sendiri tak sampai hati nak minta. Arwah keduanya penat membanting tulang 4 kerat cari rezeki setiap hari. Tak cukup rehat. Tiba-tiba anak pulak senang-lenang tau mintak je... no no no...tu bukan Moha...

Arwah mak kan, tak pernah sekali pun marah Moha.. lagi pula naik tangan... memanglah Moha ni anak bongsu. Orang cakap manja kan? Takdelah manja sangat pun...huhu

Tapi Moha peratikan, Mak takdelah manjakan Moha pun... cuma Moha ni kadang-kadang rajin gak la melepek kat perut mak bila mak baring..hihi..walaupun umur Moha masa tu dah 20-an, situla port Moha suka landing bila lepak-lepak dengan Mak. Nanti Mak usap rambut anak dia yang mengada ni...sikit pun tak mengeluh sakit ke apa...sayang Mak...kesian mak...

Walaupun mak tak garang, tak pernah pukul walau cubit sekalipun, tapi mak ada satu aura yang kitorang anak-anak dia paling gerun. Mak kuat bebel oooo..hahahaha....dia punya bebel, satu hari pun tak habis selagi kita tak buat apa yang dia suruh. Kalau hati dia tak berkenan dengan cara kita, tahan la telinga...huhuhu...

Mak...mak. Hmmmm...rindu sangat. Tak banyak yang adik dah buat untuk mak. Tak cukup rasanya adik menumpang kasih mak..

Ingat lagi masa masuk upm dulu...mak datang...tapi masa tu adik ada program kat padang. Bila senior bagitau mak datang, berlari adik pergi kat mak... lepas tu mam bawak adik pergi makan, beli barang keperluan yang tak cukup...mak siap belikan adik gula-gula fox yang dalam tin tu.. buat hilang mengantuk mak cakap..mak belikan payung lipat supaya adik tak berpanas jalan kaki ke kuliah..sayangnya anak mak ni lalai....setengah tahun je adik dapat pakai payung tu mak..tapi sebab cuai, adik tertinggal dalam dewan. Bila pergi semula, payung dah hilang...huwaaaaa... nangis juga.. cembeng? Bukan... nangis sebab rasa bersalah tak pandai hargai pemberian mak. Sape kata mak tak pedulikan adik? Mak peduli..mak sayang.. tapi cara mak tak sama macam mak yang lain.. buat adik salah faham...ampunkan adik ye mak... moga syurga buat mak...

Ada masanya bila tengah bersendirian, ada rasa sebak di dada. Rindu tu sangat kuat. Sampaikan apa kerja pun tak boleh nak buat. Pernah tak rasa camtu? Sakit tau... rindu pada yang dah takde...cuma gambar jelah jadi pengubatnya.

Pada yang masih punya ibu bapa, hargailah mereka. Jangan dipersoalkan cara mereka mendidik kita. Jangan sesekali pertikai kasih-sayang mereka. Siapalah kita nak menentukan semuanya? Bersyukurlah selalu...






Raya mana tahun ni?

Assalamualaikum.....

Pinjam gambar Google

Tak lama lagi nak puasa...lepas tu raya... kemana raya tahun ni? Bak, mak dan kak long dah takde...

Dulu....masa arwah Kak Long ada, kami akan berkumpul ramai-ramai sambut raya di rumahnya. Meriah sangat. Raya kedua nanti saudara-mara belah mak pun datang beraya. Penuh terus rumah tu. Memang kami masak banyak macam nak kenduri dah. Komfem habis punya... meriah... sangat-sangat meriah..

Arwah Kak Long umpama "orang kuat" dalam keluarga. Segala apa pun arwah mak dan arwah bak akan bincang dengan dia. Dan dialah yang akan sampaikan pada kami adik-adiknya. 

22hb April 2017, genap setahun pemergian mak. Sekejap je dah setahun. Baru-baru ni Abang Chik ada hantar gambar. Kepok kubur mak dah siap pasang. Alhamdulillah.. insyaAllah... nanti adik ziarah pusara Mak, Bak dan Kak Long ye. Semoga Allah permudahkan...Al-Fatihah...aamiin



Thursday, 18 May 2017

Salah Bantal

Assalamualaikum...

Pernah dengar pasal "salah bantal"? Kesian bantal pulak disalahkan ye...padahal posture badan masa tidur tu yang tak betul menyebabkan otot di sekitar kawasan tengkuk tegang buat tempoh yang agak lama. Tu jadi lenguh tu. Sudahnya nak menoleh kiri ke kanan pun sakitnya....Tuhan jelah tau camne sakitnya. Kalau dibiarkan lama2, makin merebak kawasan lain pulak.


Masa pantangkan Amsyar 2 minggu, jenuhla menahan sakit. Dek tak tahan sangat, terpaksalah telan paracetamol 2 biji. Barulah hilang rasa sakit. Tapi sekejap je...hilang kesan ubat, datanglah balik rasa sakit tu...peghh...sakit oooo..

Kenapa tiba2 flashback ni? Sebab harini terasa sakit tu balik...aduhaiiiiiii....

Dah macam robot ni...kejung..huhuhu

Mujur baru-baru ni dapat PBGS percuma dari 4life. Alhamdulillah.. telan 2 biji... tau-tau tak rasa dah sakit tengkuk. Tak perasan bila masa hilangnya. Fuhhh..lega. Tak perlu nak bergantung pada paracetamol lagi. Syukur sangat. Bukan apa..bila banyak sangat makan ubat ni badan akan jadi lebih berasid dan menjadi punca terhasilnya toxic dalam badan.  Makin mudahlsh nak dapat penyakit lepas tu.

Apa PBGS ni?


Kebaikan yang terdapat dalam PBGS

*Akar Kunyit*
-Mengandungi curcumin sebagai agen anti-keradangan yang kuat
- Dalam banyak kajian, kesan anti-keradangan curcumin terbukti setanding  dengan ubat kuat seperti hydrocortisone dan phenylbutazone, dan juga agen anti-keradangan di farmasi.

*Biji Anggur*
-Sumber yang kaya dengan proanthocyanidins (OPCs)
-Ekstrak mengandungi 92-95% OPCs
-menggalakkan penyembuhan luka
-Mengelakkan kolesterol tinggi, aterosklerosis, degenerasi makula (mata) dan aliran yang peredaran kurang baik

*Kulit Pokok Pine*
-mengandungi tahap proanthocyanidins (OPCs) yang tinggi, agen antioksida yang kuat
-Menyokong pengurusan keradangan yang sihat
-Menyokong tisu penghubung dan kapilari

*Acerola*
-Kaya dengan sumber vitamin C, bioflavonoid, karotenoid,vitamin lain, mineral dan fitonutrien membekalkan gabungan antioksida ideal untuk fungsi imun

*Kulit oren*
-Mengandungi antioksida bioflavanoid sebagai agen pemusnah radikal bebas, anti-keradangan dan modulator sistem imun

*Daun Teh Hijau*
-Mengandungi epigallocatechin-3-gallate( EGCG), sejenis polifenol catechin yang dikenali sebagai antioksida kuat masa kini
-Meningkatkan prestasi senaman anda
-Meningkatkan pengoksidaan lemak dan boleh bantu mencegah obesiti melalui kawalan metabolisme lemak

PBGS Mengandungi Oligomeric Proanthocynidins (OPCs)

*Apa itu OPCs ?*
- Antipksidan yang kuat
- Ditemui hampir 50 tahun lalu
- Banyak terdapat dalam biji anggur dan kulit kayu pain
- 50 kali lebih kuat daripada vitamin E
- 20 kali lebih kuat daripada vitamin C
- Biasa diserap lebih cepat ke dalam aliran darah dalam 15 hingga 30 minit dari pemakanan


*4 kelebihan OPCs*
1. Sokongan Antioksida
- OPCs adalah antioksidan yang kuat “ pemusnah radikal bebas” dan berfungsi sebagai pembantu mempengaruhi tindakbalas imun badan terhadap keradangan, alahan dan jangkitan
- Kelebihan utama molekul-molekul ini ialah ianya dibawa ke dalam sel membran dan memberi perlindungan terhadap kedua-dua radikal bebas larut air dan lemak
2. Sokongan Kardiovaskular
- OPCs bantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular dengan
meningkatkan kekuatan dan keanjalan kapilari
- OPCs bantu menggalakkan pengembangan saluran darah, dan menyokong aktiviti sihat platelet
3. Sokongan Tisu Penghubung (Joint)
- OPCs boleh menyokong protein yang meliputi tulang rawan dan tendon. Tindakan ini membolehkan tisu-tisu mengekalkan keanjalan asalnya.


Sunday, 14 May 2017

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum.....

Harini hari Ahad...minggu kedua dalam bulan Mei...juga hari sambutan Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu dan lelaki yang menggalas tanggungjawab ibu... 


Selama mak ada dulu, Moha tak pernah ucapkan selamat hari ibu padanya... kami memang tak biasa. Bukan hari ibu je, hari lahir dia pun Moha tak pernah ucap. Terukkan?


Tapi tu bukan bermakna Moha tak sayangkan mak... ah...tak guna Moha terangkan...biarlah... Allah saja yang mengetahui isi hati ni.... yang pasti rindu ni tak pernah hilang walau sebesar zarah pun...malah semakin hari semakin bertambah... disaat ini air mata jatuh jua... semoga Allah rahmati roh mak di sana.. moga arwah abg dan adik2 Moha tunggu dan bawa mak ke syurga..aamiin..

Opsss...soriiiiii...nak kongsi resepi Kek Sarang Semut terkongsi emosi pulak.... mohon maaf ye...


Oklah ni Moha kongsikan resepi Kek Sarang Semut yang paling mudah dan ringkas. Resepi ni yang pentingnya tak perlu nak perap berjam2. Resepi yang sama Moha gunakan masa ambil tempahan pelanggan SKMeals... Tak perap pun hasilnya tetap mabeles!! Hihihi...


Jom tengok resepi kat bawah ni..

Kek Sarang Semut

Bahan-bahan: 

Untuk karemel;
1 cawan gula pasir yang dikisar halus
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega
  1. Ratakan gula dalam kuali. Hidupkan api kecil saja ye...bila nampak gula dah cair sikit dan berwarna perang, masukkan air panas. 
  2. Buka api besar dan biarkan gula cair sepenuhnya. 
  3. Matikan api dan masukkan mentega. Kacau rata hingga mentega cair sepenuhnya. 
  4. Biarkan sejuk.
Bahan untuk ditapis;
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan selebihnya;
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
  1. Panaskan oven dengan suhu 170°C api atas bawah. Bergantung pada oven masing2 ye...Moha guna oven industri.
  2. Oles minyak pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.
  3. Pukul telur hingga berbuih. Masukkan susu pekat, esen vanilla, campuran karemel..gaul rata. 
  4. Masukkan bahan yang ditapis dan gaul rata dengan whisk tangan. Kalau berketul, boleh tapis ye. 
  5. Tuang adunan dalam loyang.
  6. Ok ni penting!!! Sebelum masukkan loyang dalam oven, tukar guna api bawah saja dulu ye. Selepas tu baru masukkan loyang dan bakar selama 30 minit. 
  7. Cukup 30 minit, hidupkan api atas dan bakar selama 10 hingga 15 minit lagi atau hingga masak.

Camtu jelah...selamat mencuba..


Cadangan Hadiah Hari Guru dari Seorang Guru

Hadiah hari guru
============

Semalam sewaktu di dalam kelas, seorang murid mendekati saya. Dia lalu bertanyakan soalan.

“ Cikgu..Cikgu nak hadiah apa? “

“ Sempena apa ni?” soal saya meskipun sudah boleh mengagak.
“ Hari guru,” jawabnya.

“Tak payahlah berhadiah-hadiah. Kamu belajar betul-betul tak main-main kat sekolah ni pun cikgu dah cukup syukur dah,” balas saya

“ Ala..cepatlah cikgu..Esok saya dengan mak saya nak pegi beli hadiah ni,” desaknya.

“Nantilah cikgu bagitahu”, balas saya sambil terus mengelilingi kelas dan memantau anak- anak yang sedang tekun menyiapkan latihan.

Dan hari ini saya berusaha menyiapkan senarai hadiah yang saya rasa cukup – cukup berbesar hati sekiranya ingin diberi oleh anak murid saya. Dan saya rasa rakan-rakan guru yang lain pun akan seronok jika hadiah sebegini yang diberi.

1. Pensil 2B
Cukup seronok cikgu kalau anak murid cikgu hadiahkan berkotak-kotak pensil 2B ini sebab anak- anak murid cikgu ni memanjang asyik hilang pensil. Lepas sekotak-sekotak cikgu beli yang baru seminggu dah habis 10 batang. Pensil yang cikgu 'rembat' selepas kursus atau bengkel di hotel pun dah licin. Jadi kalau anak murid cikgu hadiahkan cikgu pensil berkotak-kotak, bolehlah diguna bersama – sama dalam bilik darjah.  Cikgu pun tak perlu risau lagi kalau anak murid cikgu hilang pensil.

2. Pensil warna steadler@ faber castle.
Asal mintak dikeluarkan pensel warna maka ramailah anak murid cikgu yang mencebikkan bibir. Masing- masing tak bawaklah, hilang, kawan pinjam dan macam-macam lagi. Ada yang keluarkan dari dalam beg dan diletak atas meja tapi bila dibuka ada lah dua ke tiga batang warna sahaja yang tinggal. Koordinasi mata dan tangan anak- anak murid cikgu ni masih lemah. Sebab tu tulisan pun bukan tahap cakar ayam lagi dah tapi cakar yang tak dapat dikenal pasti spesiesnya. Kalau anak murid cikgu ramai-ramai hadiahkan pensil warna berkotak-kotak, bolehlah cikgu bekalkan setiap kumpulan sekotak pensil warna. Barulah takde lagi murid yang menganga bila diminta mewarna. Kenapa nak jenama steadler atau faber castle ni cikgu? Mahal ni. Sebab kalau pakai pensil warna yang biasa-biasa tu nanti kamu kena tekan kuat – kuat dan akan cepat memenatkan tangan kamu. Nanti kamu pun dah taknak mewarna sebab sakit tangan.

3. Pen marker pelbagai warna.
Sekarang sekolah dah tak pakai kapur. Tak macam dulu-dulu. Bagus sebab tak berdebu. Cuma 'segan' sikit sebab harga isian semulanya pun boleh tahan harganya. Selalunya sebulan akan kering lima atau enam batang pen marker yang pelbagai warna ni. Kalau anak murid cikgu hadiahkan pen marker ni maka bolehlah cikgu kembali menconteng papan putih kelas dengan pelbagai warna. Seronok sikit anak murid cikgu membaca dan belajar.

4. Kertas A4 70 gram.
Ish..biar betul cikgu? Betul. Kita perlu banyak kertas A4. Kalau setiap anak murid cikgu bagi kertas A4 seorang satu rim pun lagi bagus. Boleh cikgu guna untuk fotostat latihan untuk kamu banyak-banyak. Tak perlu cikgu pergi fotostat di kedai –kedai kat luar tu. Penguasaan kemahiran membaca dan menulis anak- anak cikgu ni masih lemah. Perlu banyak latihan. Tidak memadai dengan hanya bergantung pada buku aktiviti yang sedia ada yang diberikan sekolah. Makin banyak kertas A4, makin banyak latihan yang kita boleh buat. Lagi cepatlah kamu pandai membaca dan menulis insya-Allah. Kenapa 70g pulak cikgu? Mesin fotostat kat sekolah kalau pakai 80g asyik sangkut. Cikgu pun tak tahu kenapa.

5. Plastik laminate.
Dalam kepala cikgu ni macam- macam benda nak buat. Macam tahun – tahun sebelum ni cikgu sediakan setiap murid mini white board yang cikgu buat dari kertas A4 putih yang di laminate. Dan cikgu bekalkan bersama pen marker mini yang cikgu beli kat Daiso. RM 5 untuk 5 batang. Tahun lepas 'kopak salak' cikgu bila anak murid cikgu suka sangat menulis atas mini white board tu. 3 hari sekali nak tukar pen marker. Huhuhu dan tak sampai sebulan dah kena buat baru mini whiteboard tu sebab dah hitam dan tak boleh dibersihkan lagi. Tapi hasilnya bagus. Anak-anak murid semuanya suka menulis dan melukis. Bila cikgu takde pun diam je semuanya khusyuk menulis, menyalin dan melukis. Sebab tu kalau kamu nak hadiahkan cikgu plastik laminate ni bolehlah cikgu teruskan projek cikgu ni.

6. Pen merah.
Ini paling mudah. Tak kira yang berapa harga dia atau berapa batang nak bagi pun ok. Memang confirm pakai 2 batang setiap bulan. Tambah-tambah lagi musim exam. Cikgu – cikgu ni kalau takde pen hitam boleh hidup lagi, tapi kalau takde pen merah memang menggelupur.

7. Cop pelbagai gambar
Kamu selalu dapat cop kat buku kamu bila dah siap latihan kan. Haaa..cop yang macam tu lah. Yang ada tulis bagus, gambar piala, bintang atau hadiah dan macam- macam gambar lagi yang menarik. Rakan-rakan kamu pun suka sangat kalau dapat cop tu dalam buku latihan mereka. Jadi kalau cikgu ada banyak cop tu bolehlah cikgu tukar-tukar cop setiap minggu. Anak-anak murid cikgu pun seronok buat latihan sebab boleh dapat macam – macam cop bila dah siap latihan.

Jadi kalau kamu nak juga belikan hadiah untuk cikgu sekolah rendah di hari guru, inilah antara cadangan yang cikgu sediakan. Tak payah pasu punga, bingkai gambar, cawan tembikar atau kotak bunyi – bunyi. Takde tempat dah cikgu nak simpan semua tu. Tapi kalau nak belanja KFC pun ok. Pastikan ayam ada 40 ketul kat dalam tu. Kita makan sama-sama dalam kelas. Kalau tak cukup 40 ketul kamu ambik kentang putar dengan coslow tu. Ayam bagi cikgu. Kalau tak nanti merajuk-rajuk pulak tak cukup ayam.

Cikgu dahulukan sebarang hadiah dari kamu dengan ucapan terima kasih. Tak bagi pun takpa tau. Jangan paksa mak ayah pergi beli hadiah pulak.

Agak-agak kalau bagi senarai macam ni kat anak murid tahun 1 ni dia baca ke tak panjang-panjang ni.?

Credit: Asmadi Abdul Samad

Fidyah

FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. 

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.


PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH 

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin. 

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. 

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. 

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah. 

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat. 

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh: 

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Saturday, 13 May 2017

Glutamine Plus 4Life

Salam Sejahtera buat Kita Semua

*Latest Info NEW 4Life PRODUCT* 

Glutamine Plus

"Ini Masa Anda Untuk Bersinar!!" 


4Life Malaysia - 4Life TF Glutamine Plus merupakan sumber tenaga yang kaya dengan membantu menggalakkan aktiviti sel imun dan menyediakan blok binaan glutation, iaitu antioksidan penting*

Manfaat Utama :


• Membekalkan sumber tenaga kepada sel-sel imun dengan glutamin asid amino penting

• Meningkatkan komunikasi antara sel-sel imun dengan ekstrak NanoFactor® eksklusif 4Life untuk tindak balas imun yang lebih tersusun apabila berada di dalam tekanan / stress

• Menyediakan sokongan sistem imun sinergi apabila diambil dengan sebarang produk 4Life Transfer Factor.

• Antioksidan.
• Detoksifikasi Badan.
• Kulit berseri dan bercahaya.
• Blok bangunan untuk glutathione.
• Sokongan keseluruhan kesihatan.

Apa Itu 4Life Glutamine Plus?

4Life Glutamine Plus membekalkan sumber sokongan tambahan untuk fungsi sel imun yang sihat, terutamanya pada masa meningkatnya tekanan / stress. 

Glutamine adalah asid amino yang berfungsi sebagai sumber utama bahan tenaga untuk sel-sel imun. Glutamine diperlukan secara berterusan dan digunakan oleh sistem imun, tetapi rizab akan kehabisan akibat tekanan tambahan setiap hari, seperti bersenam dan latihan untuk acara sukan, menjalani kehidupan yang sibuk setiap hari, atau bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan. 

Glutamine Plus membantu mengoptimumkan fungsi sel imun. Di samping itu, ia mengandungi blok binaan glutation antioksidan yang penting, yang membantu melindungi sel-sel daripada pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Adakah Anda tahu?

• Glutamin adalah asid amino yang sangat penting untuk badan anda.

• Glutamin adalah blok binaan glutathione, antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Ia menghalang pengeluaran melanin dan memberikan kulit anda berseri dan sihat bercahaya.

• Glutamin diperlukan secara berterusan dan digunakan oleh badan tetapi rizab boleh habis oleh tekanan setiap hari terutama dalam gaya hidup yang sibuk.

• Glutamin menyokong kesihatan pencernaan dengan menggalakkan pertumbuhan dan penyelenggaraan sel-sel usus kita.

• Glutamine Plus dirumuskan dengan glutamin untuk membantu mengoptimumkan fungsi badan dan sistem pertahanan badan.

• Glutamine disintesis oleh kebanyakan tisu badan dan diserap daripada sumber makanan seperti daging, produk tenusu, dan kacang.

• TF Glutamine Plus merupakan produk serangkai yang sangat baik dengan garis lengkap 4Life produk Transfer Factor®.

• Sesuai untuk kegunaan Lelaki dan Wanita.

• Sijil Halal diperakui oleh IFANCA.

Sokongan Utama : 
Sistem Imun, Kesejahteraan Keseluruhan

Sokongan Menengah : 
Tenaga, Antioksidan, Kesihatan Percernaan / Penghadaman

Bahan Kandungan  :

NanoFactor (A pekat proprietari nano ditapis kolostrum lembu), L-Glutamine, L-Arginine, N-Acety-L-Cysteine, Alpha Lipoic Acid, L-Alanly-L-Glutamine, kapsul gelatin, microcrystaline selulosa, asid stearik dan mengandungi bahan-bahan daripada susu.

Cara Pengambilan :

Ambil Dua hingga Tiga (2 - 3) kapsul pada pagi dan malam bersama 240ml air.

Produk Pelengkap :

• 4Life Transfer Factor RioVida
• 4Life TF Plus Advanced™

Glutamine Plus (120 Kapsul)
Member : RM 135.00 ( HARGA KAMI )
Non Member : RM 162.00 ( Harga Pasaran )
Hubungi/whatsapp: 017-7159473



Friday, 12 May 2017

Amsyar pun bagi hadiah juga?

Assalamualaikum...


Ramai dah ucap selamat hari ibu..
Ada yang dah dapat pun hadiah hari ibu...
Siapa tak suka hadiah kan? Lagi seronok kalau dapat hadiah kejutan...waaaaaa....

Harini Moha dapat gak kejutan hadiah dari Amsyar.....istimewa sangat hadiahnya...tak sangka Amsyar sekreatif ni...

Tengah Moha memasak kat dapur nun...dengar Si Memey mengiau-ngiau tak berhenti. Rasa pelik pulak. Dah kenapa Si Memey ni? Pi lah jengah...elok je Si Memey dengan anak dia yang sekor tu duduk mengadap peti ais...tak berganjak sambil mengiau...nak apa? Moha pun buka lah peti ais tu...bagi Si Memey ni puas hati...

Tau tak apa Moha nampak dalam peti ais tu? ANAK MEMEY LAGI SEKOR!!!!!


Ya Allah....sape punya kerja ni ha??? Cepat2 keluarkan anak kucing tu bagi pada Memey... sepantas kilat Memey jilat anak dia.....adoiiii....siasat punya siasat, rupa2nya kerja dak Amsyar... kata abang-abangnyalah... huhuhu... bestnya hadiah tu dikkk... mujur tak mati anak kucing tu dalam tu...

Amsyar memang aktif sangat sekarang ni. Badan pun makin susut. Ada je kerja dia nak buat kalau tak tidur. Memang tak boleh leka dah sekarang ni. Bahaya biarkan dia sorang-sorang. Tak menyelongkar, memanjat.. aduhai.... tak habis kerja mama jawabnya.. lepas satu, satu dia usik...

Kadang-kadang bila dah penat, dan nak siapkan kerja on time, mama jadi hulk jugakla. Ijo...huhuhu... (setan memang mudah masuk badan kalau tak kawal emosi). Tapi nak marah dak coet cam Amsyar ni memnag tak berbaloi pun. Bukan dia faham. Memang masa ni untuk dia explore segala-galanya. Peduli apa dia sepah tak sepah... kan??

Redho jelah mama mengemas balik. Tu yang kadang henpon jatuh melepek kat muka tu. Padanlah muka..sape soh tengok henpon masa baring? Hahaha....oiiii sakit tuuu...huhuhu... penat beb..penat...lupa trus pesan arwah kak long... jangan sebut penat walaupun penat tahap gaban. Ntah apa kena-mengena gaban dalam kes tu pun tak taulah...hahaha..kesian gaban. Tak pasal-pasal nama naik. Sape soh glamer? Kan....lagi sekali gaban kena.

Eh..lupa nak cerita. Amsyar makin garang tau sekarang. Pandai dah melawan abang dia. Nak-nak si Amar tu. Kemain lagi suara dia menjerit. Kuat nyaring suara dia menjerit kat Amar. Marah betul dia kalau Amar mengusik. Siap di tolak-tolaknya badan Amar tu. Oooo tak boleh biarkan ni. Bahaya. Kadang-kadang memang silap dia tapi Amar cuba larang dia buat salah pun, dia marah gak. Amboiiiiii...kemain dak kecik sorang ni. Tak padan dengan saiz. Hahaha... selalu sangat lupa nak rakam. Kelakar pun ada tengok gelagat dia marahkan Amar tu. Amsyar...amsyar...









Thursday, 11 May 2017

Traffik Tiba-tiba Tinggi


Buntang kejap mata bila tengok traffik blog 4 angka.....pada bloggers yang dah biasa dapat angka lebih dari ni, memang tak hairan pun..."eleh, baru 4 angka dah kecoh nak tulis dalam blog bagai...."

Ehhhh....mesti maaa...ini kali pertama tau...harini dalam sejarah cecah 4 angka...sebelum ni 2 angka je tau...mana cik kiah xkecoh...hahaha...sedangkan orang komen pun dah teruja, inikan pulak traffik 4 angka...mohon mengerti perasaan ini ye...hihihi...alhamdulillah...

Terima kasih pada yg sudi baca...harap2 apa yang moha corat-coret dalam blog ni dapat bagi manfaat pada semua ye...

Okla...nak tidur dah...berbunga2 rasa hati...moga2 traffik terus tinggi dan tinggi tanpa menjatuhkan sifat dan akhlak peribadi..

Assalamualaikum...

Monday, 8 May 2017

HARI TERBUKA KERJAYA DAN KEMAHIRAN



Jom datang beramai-ramai memeriahkan HARI TERBUKA KERJAYA DAN KEMAHIRAN bertempat di SHRDC Seksyen 13, Shah Alam.

Antara aktiviti yang akan diadakan:-
- “Free Market” (Sumbangkan atau ambil apa sahaja)
- Peluang pekerjaan
- Peluang pendidikan percuma
- Peluang mengikuti Kursus Profesional percuma

Tarikh: 18 Mei 2017 (Khamis)
Waktu: 8:30 pagi – 1:00 tengah hari
Alamat: No. 1, Aras Bawah, Blok 2,
       Pusat Perniagaan Worldwide,
       Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
               40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
     
Peta Lokasi: https://goo.gl/maps/oftw8MhVirr

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-5513 3560 (Cik Faz/ Puan Hasnah) atau emel info@shrdc.org.my

FB : https://www.facebook.com/shrdc/
IG:@shrdc.org.my

Kenduri Aqiqah Suhaid, Tahlil dan Doa Selamat

Assalamualaikum.....



Baru-baru ni Moha sekeluarga ke Pontian. Anak saudara Moha buat kenduri aqiqah bayi ketiganya dan tahlil serta kenduri doa selamat.

Perjalanan dari rumah pada waktu malam agak sukar sebab Moha dan suami ada masalah mata silau. Kena pulak hujan lebat masa kat highway Pagoh tu...Allah....tak keruan rasa hati...Memang kereta kitorang la yang paling perlahan sekali masa tu...langsung tak nampak jalan!!  Tak henti berdoa dalam hati moga selamat sampai ke Pontian.

Alhamdulillah sampai Pontian dah hampir pukul 1.00pagi. Nasib baiklah dorang tak tidur lagi. Kalau tak, tidur dalam kereta la jawabnya. Tak kuasa oiii nak jerit bagi salam pagi-pagi buta ni.. huhuhu..


Keesokkan pagi tukang masak dah datang dan tugas masak-memasak bermula...cuma nak masak 3 jenis menu je.. Nasi tomato, beriyani kambing dan ayam masak merah... 


Kuih-muih anak buah Moha Si Ana tu dah tempah....Tapi kannn...jiran2 dia baguslah....ramai yang hantar kuih...macam2 kuih ada... ketayap, pau kacang dan pau kelapa, kek marble dan koleh kacang...semua sedap2 belaka...







Beg "goodies" buat tetamu

Pertama kali Moha makan briyani kambing yang sedap macamni....dagingnya empuk dan manis...rempah yang sangat sedap.. tak jemu makan..asyik dok ulang makan kambing je...mujur tak sakit kepala....selalunya kalau Moha makan kambing lebih sangat, memang sakit kepala la lepas tu..tapi kali ni takde rasa langsung....wahhh...memang sakanla makan banyak2..hahaha..dasar kuat makan!! Hihihi





Alhamdulillah majlis kenduri selesai dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang datang, yang beri sumbangan. Hmmmm....malaslah nak balik Beranang.....huhuhu



Saturday, 6 May 2017

Transfer Factor



Transfer Factor adalah modulator imun. Fungsi utama peptida dalam badan adalah untuk memberi perlindungan imun terhadap mikrob (bakteria, virus, kulat, protozoa), sel-sel kanser dan antigen lain yang boleh mengganggu proses penting dalam badan. Ia merangsang sel sistem imun (limfosit pembunuh), mengaktifkan cytokine sintesis imun dan mengawal fungsi imun. 

Sejak penemuannya oleh Sherwood Lawrence, lebih daripada 50 tahun yang lalu, aplikasi terapeutik dan pencegahan telah aspek yang paling penting dan menarik Transfer Factor. Ia telah didapati sangat berkesan dalam penyakit-penyakit di mana CMI memainkan peranan yang relevan dalam perlindungan dan kawalan penyakit ini, seperti jangkitan virus (herpes simplex, varicella zoster), penyakit bakteria intrasel (tuberculosis, kusta) dan jangkitan parasit ( leishmaniasis, toxoplasmosis), dan juga dalam kekurangan daya tahan (granulomatosis kronik, sindrom Wiscott Aldrich dan beberapa jenis kanser. 


Transfer Factor (TF) adalah protein yang memindahkan keupayaan untuk menyatakan sel imuniti pengantara daripada penderma imun kepada penerima bukan-imun. rawatan TF didapati terpilih memberi kesan kepada pengeluaran cytokine sebagai tindak balas kepada rangsangan antigen.

Transfer factor adalah molekul kecil juga terdapat dalam kolostrum yang menyediakan pengetahuan kebal daripada sistem imun ibu kepada bayinya digunakan dalam memerangi ancaman luar. Dengan memindahkan maklumat dari satu sel ke sel, transfer factor bertindak sebagai "guru" kepada sel-sel baru, memastikan sistem imun yang kuat mampu hidup dan berkembang maju dalam persekitaran yang baru. 




Transfer Factor tidak spesies khusus dan dengan itu boleh diambil dari mana-mana mamalia dan kemudian diberikan kepada mamalia lain dengan keberkesanan yang sama.

Transfer Factor secara semula jadi menyokong sistem imun badan, menyampaikan maklumat imun dengan lebih cekap di kalangan sel-sel dalam badan, dan akhirnya meningkatkan keupayaan badan untuk menahan serangan ke atas kesihatan.

Transfer Factor TM telah diuji untuk keupayaan untuk meningkatkan Natural Killer Cell (NK) aktivitinya. Sel-sel mononuklear darah periferi (PBMC) diasingkan daripada sukarelawan manusia menunjukkan meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 103% di atas tindak balas imun biasa. sel-sel NK adalah penting dalam mengukuhkan dan menyokong sistem imun. 

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...