Banner

Wednesday, 19 April 2017

Resepi Kek Coklat Paling Senang dengan Cadbury Almond dan Nutella

Assalamualaikum....


Harini berjaya juga misi Moha nak buat kek coklat ni. Seminggu lebih dah beli bahan. Tapi baru harini berkesempatan buat. 

Gigih adun bahan sambil dukung dak Amsyar. Nasibla kan.....mama dah teringin sgt nak rasa gabungan kek coklat lembab dengan nutella dan coklat cadburry badam ni.

Memandangkan Amsyar pun nak jadi chef juga sambil didukung mamanya, jadi mama dia pilih resepi campak2 sukatan cawan kopi. Tak boleh dah nak main sukat timbang-timbang ni..tak sempat siap nanti.

Ok ni Moha kongsi resepi tadi...

Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 peket nescaffe 3 in 1
1 biji telur gred A

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180°C.
2. Pukul telur hingga berbuih.
3. Masukkan semua bahan. Kacau perlahan hingga sebati dengan whisk.
4. Tuang dalam loyang yang dah disapu minyak dan dialas kertas minyak.
Bakar selama 40 minit. (Moha guna tray buffet. Jadi kek nipis dan cepat masak. Cukup 20 minit).

Sementara tunggu kek masak tu, bolehlah kemas-kemas perkakas tadi walaupun badan masih senget sebelah dek mendukung Si Amsyar.

Tinggg....siap dah kek. Tak sabar betul nk rasa... maka terpotonglah juga sikit... hihihi... uish..lembut dan lembab serasi kat tekak...huhuhu...mengalahkan orang mengidam pulak!!!


Bila kek dah sejuk, barulah boleh buat kerja seterusnya....

Potong kek pada 2 bahagian sama lebar dan panjang. Sapukan rata-rata atas permukaan kek pertama dengan Nutella. Nak letak lebih pun boleh... ikut sukalah ye... sudu bekas sapu Nutella tu jangan jilat dulu... (alaaa..tau ramai yang buat macamni..hihihi) nanti boleh guna sudu tu balik untuk kacau campuran coklat dan susu cair nanti (untuk ganache)..

Kemudian ambil satu potongan lagi letak di atas potongan kek pertama yang dah disapu dengan Nutella. Dah jadi kek 2 lapis....

Peringkat akhir, cairkanlah coklat cadburry almond tu dengan 1/2 cawan susu cair guna cara doubleboiller ye. Sentiasa kacau campuran coklat dengan susu supaya tiada yang berketul nanti.  Bila coklat dah sebati dengan susu cair, angkat bekas tu dan lap wap air di bawahnya. Kita tak nak air wap tu menitik pulak kat kek kita... apa lagi? Curahlah coklat cair tu.... dah siap....

Sedapnya..... terlaksana juga hajat nak buat kek ni..puas hati dah. Takdelah air liur Amsyar meleleh lagi....eehhh...hihihi...

Selamat mencuba😊😊

No comments:

Post a Comment

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...