Photoshoot Raya KBBA9 2017, Meriah Sakan!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah photoshoot Raya KBBA9 2017 berjalan dengan baik sekali. Terima kasih tak terhingga buat founder KBBA9, Ben Ashaari dan AJK sebab beri peluang pada Moha dan rakan blogger lain merasai pengalaman bergambar bersama seorang jurufoto profesional Encik Wan Izhar Abu Bakar dan teamnya..


Behind the scene
Behind the scene

Mula-mula tu berdebar juga tau nak photoshoot dengan dia. Manalah tau kot2 garang ke, tegas ke, tak mesra alam ke.. lagi la xsyok nak posing-posingkan? Nanti salah pose cam tiang bendera ke, keras kejung cam patung ke... dah kena jerkah... Abisla...tiang lagi cantik dari Moha nanti.. huhuhu...

Tapi rupa-rupanya beliau seorang yg sangat sempoi dan mesra orangnya... tak kedekut ilmu dan sentiasa tersenyum mengajar kami cara-cara pose yang sesuai untuk dapatkan shoot yg terbaik di Muzium UPM tu. Terima kasih banyak-banyak Encik Wan Izhar.....best moment ever.... merasala juga Moha feeling-feeling ala model walau sehari...
Bersama founder KBBA9 - Ben Ashaari (credit this pic goes to him) mujur Moha pijak atas bonggol akar...nampaklah tinggi sikit..huhu...

Sebelum dan sesudah mekap


Tak lupa terima kasih banyak-banyak pada Niqavie Collection yang menaja khimar & niqab yg sgt cantik tu (macam puteri kayangan rasa pakai khimar dan niqab yang selesa, lembut dan beralun cantik tu)


Terima kasih juga MUA Helena dari The Blush Guru yang menaja solekan   pada haritu..... suka sgt hasil sentuhan Helena... terasa sangat cantik pulak haritu.... alhamdulillah... Allah bagi pinjam yang terbaik...juga buat semua penaja photoshoot kali ini:-


Inilah MUA Helena..


Rumah ni salah satu antara 3 buah rumah yang terdapat di Muzium UPM-Credit pic to Athirah
Penaja lokasi cantik-Muzium UPM, Penaja makanan ala-ala desa (sedap giler masakan dia-Cafe Muzium UPM,

 Inilah sajian dari Cafe Muzium UPM, nasi putih, ayam masak kicap, gulai daging salai dengan rebung, ulam-ulaman, sambal belacan, tembikai dan air sirap-Credit pic to Aznan

Penaja biskut raya yang sedap, rangup tak muak dimakan-K.Roger's Butter Cookies
Dan..

Penaja spray serbaguna...tujuan utama haritu taknak kena gigit nyamuk...memang berkesan..xde sekor pun nyamuk gigit Moha tapi ada sekor gigit pipi Amsyar...Moha sapu sikit kat pipi Amsyar, dia berhenti menggaru..masa balik tu, suami Moha mengantuk masa memandu...jadi Moha suruh dia spray dekat muka...alamdulillah dia jadi segar balik...nama spray ni Waazu.


Credit pic to Shehan

Kepada sahabat2 blogger, korang memang best!!!! Walaupun ada yg baru kali pertama jumpa tapi rasa macam dah kenal lama..."adik-beradik" KBBA9 mmg osemlah...photoshoot raya, mmg meriah dan terasa betul suasana rayanya....tqvm pada semua....mohon maaf kalau ada yg salah dan silap dari kami sekeluarga ye...

Nantikan kisah seterusnya bila gambar dah siap ye... sementara tu meh layan beberapa gambar yang sempat ambil haritu....tq pada geng KBBA9 yg sudi snap pic Moha..... Moha xdan nak snap pic sendiri... hp out of batteri daaaaa.... kot ada gambar korang yg terselit muka Moha (dari dulu perangai suka menyelit gambar org...ngeee...), sori guys..hihi...klu ada pic korang yang Moha lupa nak boh credit, habaq awai na...Moha edit balik nanti...


"Adik-beradik" perempuan kami...ramai tak? Ni sebahagian ahli KBBA9 je baru...belum semua lagi ni...




Ceria di pagi raya....

Credit pic to Kak Laila-Lain kan penampilan Kak Laila...gojes sgt..Abang Korie tu kemain lagi menyelit kat belakang..hihi


Credit pic to Kak Yanie-cantik Kak Yanie kan?
Credit pic to Kak Dila

"Adik-beradik" lelaki yang ceria-credit pic to Shehan
Credit pic to Shehan

Credit pic to UmmiNani




Bersama UmmiNani

Comments

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah