Advertisement

Beli Domain Baru

Assalamualaikum....selamat pagi...

Sebenarnya kan, dari awal berblog Moha nak hujung nama domain blog tu .com je...tapi masa tu xtau sangat kan buat blog ni semua (sekarang pun terkial-kial lagi) jadi gunalah blogspot.com je...

Alhamdulillah lepas join KBBA9 Group ni, banyak ilmu dapat. Ramai kawan pun ye... sesambil tu belajar juga dari mr. Google.... of coz masih banyak yang kena belajar... takpe.. insyaAllah nanti ambil kelas belajar dari yang pakar... belajar sendiri ni banyak juga risikonya... nanti lain yang diajar lain pulak yang faham...

Disebabkan hajat tu memang dah lama ada, tapi mungkin belum masanya kan...(setiap apa yang kita nak buat tu kalau xde izin dariNYA memang tak jadilah....) semalam sampai termimpi-mimpi tau blog mohazsue.blogspot.com ni dah bertukar nama mohazsue.com juga akhirnya... 

Jadi bila bangun je tidur terus nekad nak beli domain...mesti beli harini.. mungkin mimpi itulah petanda kan? Janganlah tangguh2 lagi.

Teringat hari tu Bamhoq ada share link untuk beli domain dalam group whatsapp. Jadi Moha cepat-cepat cari balik. Jumpa pun.... Ni haaa linknya...



Klik je link tu terus. Mudah sangat rupanya..(pada yang fahamla...Moha terkial2 juga.. tapi tetap mudah...klik2 je pun...ada apa-apa yang tak faham nanti boleh ejas kemudian...huhuhu).

Domain serendah RM45 setahun. Percuma DNS Management dan E-mail Forwarding selama setahun.

Pendaftaran awal ni RM45 untuk setahun dan RM70 untuk 2 tahun. Pembaharuan untuk setiap tahun seterusnya RM45 sahaja. Okayla kan? Lagipun dari sumber yang dipercayai gitu.....ada apa-apa nak rujuk pun senang.

Sesiapa yang nak beli domain cam Moha ni boleh klik je kat link yang Moha bagi tu. Bukan setakat domain je..ada beberapa item lagi... boleh pergi tengok-tengok ye.

Alhamdulillah....Moha dah selesai beli domain....yeay....

Post a Comment

0 Comments