Advertisement

3 Hero Berlainan Watak

"Moha...anak berapa orang?"

"3.....lelaki"😊😊😊

"Oh..hero belaka...untung Moha"

Alhamdulillah.....

Tak dinafikan untung ada anak lelaki ramai. Lebih-lebih lagi anak yang soleh. Siapa tak untung kan? Semoga bila mama dan papa dijemput Illahi nanti merekalah yang akan selalu doakan untuk kami...

Tapi dugaan nak membesarkan 3 orang hero setiap hari memang menguji kesabaran. 3 orang yang sifatnya berbeza.

Si Haziq, 2hb November nanti umurnya 12 tahun dah.  Anak sulong yang baik. Mendengar kata dan sayang adik-adiknya. Lembut hati dan rajin. Namun ada kala buat perangai dengan caranya tersendiri. Hobinya menonton tv, main game, main dan main....huhuhu..tahun ni nak upsr dah..lagi berapa bulan je.. dia ok je..mama cuma mampu doakan je...

Si Ammar, 20hb November nanti 10 tahun dah. Anak kedua ni biasalah..orang kata memang berbeza perangai dan minatnya. Dia suka makanan. Apa-apa yang berkaitan pasal makanan dia suka.. tu badan dia semangat tu..haha

Si kecil Amsyar, lahir pada 14hb Disember. 16 bulan dah umurnya sekarang. Makin macam-macam keletah dia. Manja dengan semua yang ada dalam rumah ni. Suka sangat dengan kucing. Kucing je takut dengan dia..hihihi...

Hero-hero mama, semoga menjadi anak-anak yang soleh, sentiasa sihat, ceria dan diberi segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Mama sayang kamu semua.



Post a Comment

0 Comments