Posts

Showing posts from April, 2017

Diari

Assalamualaikum...selamat pagi..Masa kecik2 dulu Moha suka tulis diari...tapi taklah konsisten setiap hari menulis....Masuk sekolah menengah semakin berminat menulis diari. Siap beli buku nota khas untuk tulis kisah hidup setiap hari. Lengkap dengan maklumat diri. Adalah butiran terperinci termasuk makanan dan minuman kegemaran...haha...tak sangka dulu suka minum nescaffe "O" ais. Sekarang dah tak suka sangat...rugi weh minat sejenis air je..hahahaBiasanya korang tulis apa kat diari? Moha masa sekolah menengah dulu, masa tingkatan 4 dan 5, arwah mak dan arwah bak meniaga kat Penyabong. Dorang duduk sana...tak duduk rumah sekali dengan Moha kat Mersing tu. Seminggu sekali dorg balikla jenguk anak2 (Moha dengan abang bongsu) kat rumah sambil tambah bekalan makanan dan duit belanja kami berdua.Masa ni memang sunyi hidup Moha rasanya...sebab tu Moha selalu tulis diari. Meluah rasa pada sekeping kertas yang takde perasaan...pergi sekolah sendiri, balik sekolah sendiri..abang Moha…

Photoshoot Raya KBBA9 2017, Meriah Sakan!!!

Image
Assalamualaikum....
Alhamdulillah photoshoot Raya KBBA9 2017 berjalan dengan baik sekali. Terima kasih tak terhingga buat founder KBBA9, Ben Ashaari dan AJK sebab beri peluang pada Moha dan rakan blogger lain merasai pengalaman bergambar bersama seorang jurufoto profesional Encik Wan Izhar Abu Bakar dan teamnya..


Mula-mula tu berdebar juga tau nak photoshoot dengan dia. Manalah tau kot2 garang ke, tegas ke, tak mesra alam ke.. lagi la xsyok nak posing-posingkan? Nanti salah pose cam tiang bendera ke, keras kejung cam patung ke... dah kena jerkah... Abisla...tiang lagi cantik dari Moha nanti.. huhuhu...
Tapi rupa-rupanya beliau seorang yg sangat sempoi dan mesra orangnya... tak kedekut ilmu dan sentiasa tersenyum mengajar kami cara-cara pose yang sesuai untuk dapatkan shoot yg terbaik di Muzium UPM tu. Terima kasih banyak-banyak Encik Wan Izhar.....best moment ever.... merasala juga Moha feeling-feeling ala model walau sehari...


Tak lupa terima kasih banyak-banyak pada Niqavie Collec…

MOMMA® Pregolact™ - Milk Booster & Susu untuk Ibu Mengandung

Image
Assalamualaikum.....

Amsyar dah setahun 4 bulan sekarang... Alhamdulillah Moha dapat berikan dia susu badan sepenuhnya. Tapi sekarang ni badan Amsyar semakin susut. Mungkin juga disebabkan kekurangan susu. Kesian anak mama...takpe dik....mama iktiarkan sesuatu ya....kena cari milk booster nampaknya ni...
Memandangkan penghasilan susu semakin berkurangan, maka Moha usahakan dengan susu MOMMA® Pregolact™ ni pula sebagai produk milk booster Moha kerana susu ini dikatakan bagus sebagai milk booster & susu untuk ibu mengandung. Susu bernutrisi yang diformulasikan dengan active-4 Plus yang diperkaya dengan DHA, Calcium, Low Fat dan Folic Acid...yang penting TANPA GULA& TANPA CREAM ye...jadi takdela risiko kencing manis.... MANIS di muka takpe... hihihi

Minum susu ni juga dikatakan dapat membantu mengawal emosi kita supaya lebih tenang dan kurang rasa stress (kalau nak tau stress nilah salah satu punca yang membantutkan pengeluaran susu ibu). Ops....ada BONUS tau.... Kulit ibu dan anak …

Resepi Kek Coklat Paling Senang dengan Cadbury Almond dan Nutella

Image
Assalamualaikum....

Harini berjaya juga misi Moha nak buat kek coklat ni. Seminggu lebih dah beli bahan. Tapi baru harini berkesempatan buat. 
Gigih adun bahan sambil dukung dak Amsyar. Nasibla kan.....mama dah teringin sgt nak rasa gabungan kek coklat lembab dengan nutella dan coklat cadburry badam ni.
Memandangkan Amsyar pun nak jadi chef juga sambil didukung mamanya, jadi mama dia pilih resepi campak2 sukatan cawan kopi. Tak boleh dah nak main sukat timbang-timbang ni..tak sempat siap nanti.
Ok ni Moha kongsi resepi tadi...
Bahan-bahannya: 1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 peket nescaffe 3 in 1
1 biji telur gred A
Cara-cara:
1. Panaskan oven 180°C.
2. Pukul telur hingga berbuih.
3. Masukkan semua bahan. Kacau perlahan hingga sebati dengan whisk.
4. Tuang dalam loyang yang dah disapu minyak dan dialas kertas minyak.
Bakar selama 40 minit. (Moha guna tra…

Gout

Image
Sejak beberapa hari ni ramai yang bertanya masalah gout...kite ni bukanlah doktor.. tapi pengalaman sahabat2 yang dah temui solusi masalah gout ni.. dan juga hasil pembelajaran di kelas2 yang diajar oleh pakar2 nutrisi bertauliah.. 2 benda ni sangat2 membantu utk mereka yang menderita sakit gout..



#Tea4life direndam seuncang dalam secawan air suam.. minum setiap malam selama 7 hari.. atau ketika sakit gout tu menyerang.. tujuannya untuk menyingkirkan uric asid yang terkumpul..



#4LifeTrifactor hari ke-8 makan 6biji.. 2biji 3kali sehari.. disamping meneruskan minum tea4life setiap malam.. molekul transfer factor ni yang akan membijakkan sistem imun kita utk membetulkan kembali punca2 yang menyebabkan gout ni.

Suami kawan sahabat saya Nurul Huda Yussoff sendiri dah bebas gout serang ni selepas sebulan konsisten amalkan 2 benda ni.. tak sampai rm300 pun.. kalau dibandingkan rawatan di klinik.. dan berulang2 pula.. pasti lebih mahal.. apa pun kita ikhtiar dengan bahan yg selamat tanpa dru…

3 Hero Berlainan Watak

Image
"Moha...anak berapa orang?"

"3.....lelaki"๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

"Oh..hero belaka...untung Moha"

Alhamdulillah.....

Tak dinafikan untung ada anak lelaki ramai. Lebih-lebih lagi anak yang soleh. Siapa tak untung kan? Semoga bila mama dan papa dijemput Illahi nanti merekalah yang akan selalu doakan untuk kami...

Tapi dugaan nak membesarkan 3 orang hero setiap hari memang menguji kesabaran. 3 orang yang sifatnya berbeza.

Si Haziq, 2hb November nanti umurnya 12 tahun dah.  Anak sulong yang baik. Mendengar kata dan sayang adik-adiknya. Lembut hati dan rajin. Namun ada kala buat perangai dengan caranya tersendiri. Hobinya menonton tv, main game, main dan main....huhuhu..tahun ni nak upsr dah..lagi berapa bulan je.. dia ok je..mama cuma mampu doakan je...

Si Ammar, 20hb November nanti 10 tahun dah. Anak kedua ni biasalah..orang kata memang berbeza perangai dan minatnya. Dia suka makanan. Apa-apa yang berkaitan pasal makanan dia suka.. tu badan dia semangat tu..haha

Si kecil Ams…

GB Network Bantu Pasang Domain

Image
Lepas beli domain aritu, Moha blur. Apalagi nak buat ea lepasni? Camne nak pasang .com ni?

Moha pun cubalah tanya melalui chat dengan GBN dan kemudiannya team GBN hantar tutorial cara setting server dan pasang domain pada blog.

Kat sinilah kekalutan terjadi...huhuhu...

Moha ni manalah faham bahasa-bahasa IT ni..camnepun cuba jugalah buat ikut tutorial tu...tak jadi pun!! Makin teruk pulak Moha kerjakan...sampai jadi camni..


Dah jadi camni, sekali lagi tanya kat GBN...bagi siap-siap screenshot ni untuk rujukan diorang.

Akhirnya, selesailah masalah Moha ni.. GBN Team yang pasangkan domain sudahnya.... percuma tanpa caj tambahan... alhamdulillah... puas hati. Terima kasih GB Network๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Amsyar dah kurus

Image
Assalamualaikum.....
Badan Amsyar sekarang semakin susut. Makan pun tak banyak mana. Mungkin juga sebab dia aktif dan lasak. Baru-baru ni bawa dia ke Klinik Kesihatan untuk checkup biasa. Graf berat Amsyar tak naik sangat. Tak pasal-pasal kena dengar 'ceramah'.

Kesian dia... sekarang ni makin kuat dia meragam. Mungkin sebab lapar atau tak puas menyusu. Nak buat macamana lagi pun tak taulah.. 
Bila suap dia makan setakat dua tiga suap je yang dia nak makan. Macam-macam menu dah Moha sediakan untuk dia. Tapi tetap makan sikit je.. sekarang ni susu mama dia pun dah semakin berkurangan untuk dia. Ada juga cuba beri dia susu formula dari sampel-sampel yang pernah dapat sebelum ni dan juga susu formula yang dibeli. Tapi dia tak nak minum lah pulak....


Akhirnya susu yang dah bancuh tu mama dia jugakla yang minum..huhuhu....sayang oiiii....nampaknya kena usaha kuat lagilah nak tambah susu badan ni.

Beli Domain Baru

Image
Assalamualaikum....selamat pagi...
Sebenarnya kan, dari awal berblog Moha nak hujung nama domain blog tu .com je...tapi masa tu xtau sangat kan buat blog ni semua (sekarang pun terkial-kial lagi) jadi gunalah blogspot.com je...
Alhamdulillah lepas join KBBA9 Group ni, banyak ilmu dapat. Ramai kawan pun ye... sesambil tu belajar juga dari mr. Google.... of coz masih banyak yang kena belajar... takpe.. insyaAllah nanti ambil kelas belajar dari yang pakar... belajar sendiri ni banyak juga risikonya... nanti lain yang diajar lain pulak yang faham...
Disebabkan hajat tu memang dah lama ada, tapi mungkin belum masanya kan...(setiap apa yang kita nak buat tu kalau xde izin dariNYA memang tak jadilah....) semalam sampai termimpi-mimpi tau blog mohazsue.blogspot.com ni dah bertukar nama mohazsue.com juga akhirnya... 
Jadi bila bangun je tidur terus nekad nak beli domain...mesti beli harini.. mungkin mimpi itulah petanda kan? Janganlah tangguh2 lagi.
Teringat hari tu Bamhoq ada share link untu…