Rindu Yg Tak Pernah Hilang

Sekejap aja masa berlalu...

4 Mac 2013 arwah Bak pergi dijemput Illahi...menyusul arwah Kak Long pada 16 Mac 2013. Sungguh ketika menerima berita pemergian Kak Long, Moha tak kuat. Tak setabah masa arwah Bak meninggal. Mungkin sebab arwah Bak memang dah uzur waktu tu. Tp arwah Kak Long...memang dia tak berapa sihat. Tapi dia jarang sangat tunjuk pada kami yang dia sakit.

Arwah Kak Long sakit saraf...menurut doktor saraf tunjangnya tersepit di celahan tulang yang retak masa dia terjatuh tangga dulu. Kalau dibedah, peluang sembuh agak tipis. Jadi Kak Long cuba bertahan bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan doktor disamping berubat secara alternatif.

Dia sangat kuat..sangat tabah..sangat penyayang..dialah kakak yang menggalas paling banyak tanggungjawab menjaga kami semua...kasih-sayang dia pada kami buat dia sentiasa di hati...

Rindu ini tak pernah hilang...makin tebal setiap hari...tenanglah Kak Long di sana..moga Allah terima semua amalan Kak Long dan tempatkan Kak Long, Bak dan Mak di syurga...aamiin

Comments

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah