Banner

Sunday, 26 March 2017

Kepah, Kangkong & Saleri Tumis Belacan

Assalamualaikum.....

Harini dah Ahad... last day for school holiday!!!! Maknanya esok bermula sesi sibuk yang lain pulak...kalau masa cuti sekolah ni, asyik ke dapur jelah....tak sempat kadang2 nak snap gambar menu...baru nak snap tgk dah kena sambar...hmmm...takpelah...janji masing2 kenyang sudah.

Haritu ada beli kepah di Zee Mart. Mulanya rancang nak masak sambal je. Tapi terpandang pulak kangkong dan batang saleri...akhirnya terus gabung semua dlm sambal tumis yang sama...hasilnya? Alhamdulillah..sedap juga..hihihi...

Ok, ni cara Moha masak menu ni...simple, fast cooking style....




Kepah, Kangkong & Saleri Tumis Belacan

Bahan:

1/2 kg kepah-cuci bersih
1 pelepah batang saleri - potong serong nipis
1 ikat kangkong - potong biasa
Sebiji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1 inci belacan bakar*
2 sudu besar ikan bilis-bersihkan*
Garam dan tumix secukupnya.

Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bahan bertanda*.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan sayuran, gaul sebati dengan sambal hingga setengah masak.
4. Masukkan kepah, garam dan tumix. Gaulkan sebati semua. Tutup kuali dengan penutupnya sehingga nampak kepah terbuka. Tutup api. Siap.

Senang je kan? Nanti bolehla cuba...Moha kena masak menu yang cepat2 camni sebab masak sambil dukung Amsyar. Jadi tak boleh masak menu yang renyah dan ambil masa yang panjang...

Oklah..selamat mencuba😉


Thursday, 23 March 2017

Contest

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...dah selesai semua task untuk contest...lega....

Takpelah kalau setakat tu je share yang mampu dikumpulkan...ada jugalah orang nak share kan? Ingatkan takde orang yang baca status kat fb dan blog..ada rupanya....

Terima kasih banyak2. Kalau terpilih dan menang, syukur sgt2...tapi klu tak menang pun takpelah..yang penting dah mencuba dari  tak buat apa2 kan...

Sekurang2nya dah melatih diri menyahut cabaran.....sama macam buat kek...sekali tak jadi, jangan sesekali putus asa...cuba lagi dan lagi...satu hari nanti mestibterhasil sebiji kek yang cantik dan sedap.

Esh...cerita pasal kek.....teringin betul ni nak makan kek coklat lembab dilimpahi curahan ganache coklat!!!! Nikmatnya kalau dapat sesuap dan sesuap lagi dan lagi dan lagi......aduhai.....masa2 camnilah teringinnya...masa2 xcukup bahan ni lah...grrrr...cobaaaaannnn

Saturday, 18 March 2017

Ayam Panggang Berkaremel




Assalamualaikum.....

Dah siap masak ke? Moha masak ayam goreng karamel harini...bersama dengan sup sayur campur dan sambal belacan. 

Resepi ayam goreng karamel ni asalnya dari perkongsian dari Kak Laila (D'laila Mi Udang). 

Tak sia2 mama cuba....ayam goreng masak cara ni memang sedap...Anak-anak pun suka. Mamanya apa lagi...mestilah berganda suka sebab senang sangat2 nak menyediakannya tu..

InsyaAllah lain kali boleh buat lagi...ok, Moha kongsikan resepinya kat sini pulak...memanjangkan pahala berkongsi ilmu Kak Laila..mudah-mudahan semakin bertambah rezeki Kak Laila..terima kasih kak atas perkongsian resepinya...😊

Ayam Goreng Karamel

Bahan-bahan: (ok, ini sukatan dan cara masak  Moha sendiri ye...pandai-pandaila ejas ikut selera masing2)

1/2 ekor ayam
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
*kisar halus semua

1 btg Kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
5 biji Cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai- diketuk
1 sd kecil garam
1 sudu besar kicap pekat
Air secukupnya

Cara-caranya:

3 sudu gula pasir - letak dalam kuali dgn api kecil..bila dah cair dan perang warnanya, masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, serai, kicap pekat, garam dan air
...besarkan api..biar mendidih...tutup api..kemudian masukkan ayam.

Rendam 5 minit. Angkat ayam dan tos kering. Kemudian bolehlah digoreng...kuah td tu jgn buang pulak....bancuh 1 sudu besar tepung jagung masukkan dalam kuah dan masak hingga agak pekat...boleh jadikan sos...

Senang kan? Silalah cuba...

Kenapa Aku Pilih TYAZARA

Assalamualaikum.....



Kenapa Aku Pilih TYAZARA?

Sebenarnya Moha rasa teringin sangat nak cuba produk Tyazara tu. Sebabnya sejak melahirkan Amsyar, rambut banyak sangat yang gugur. Kelemumur pun banyak...gatal-gatal jadinya kulit kepala. Tu belum masuk part hujung rambut bercabang lagi tu...Allah...Takutnya...rosak rambut Moha jadinya..

Kebetulan pula masa family day kelab tempohari ada terdengar Ben Ashaari order  untuk isterinya. Lepas tu rakan2 blog pun ada puji2 juga syampu ni bagus...isk...makin membara perasaan nak mencuba ni...Moha pun cari lagi  maklumat kat telegram.me/shampoosoya dan buka www.tyazara.com

Punyalah banyak info dan testimoni dalam tu...kalau masuklah soalan exam pasal rambut gugur ni, komfem boleh jawab punyalah....ececeh..kompiden!!

Bagus tau penerangan yang Puan Ezza (founder Tyazara) berikan dalam tu. Setiap soalan dijawab dengan jelas
dan padat. Mudah nak faham.

Apapun, Moha kongsikan sedikit info tentang Shampoo Rawat Rambut Gugur ni ye...


Apa itu Tyazara?

Tyzara adalah  Shampoo RAWAT RAMBUT GUGUR. Dimana bahan utamanya adalah Protien Soya & Ginseng yang mengikut Gred & berkualiti tinggi yang digunakan didalamnya.

Bagaimana Cara Merawat Rambut Gugur?

Rambut kita memerlukan Vitamin & Protien yg tinggi. Di mana ianya ada di dalam SHAMPOO SOYA & SERUM BUNGA TYZARA.

Sekurang-kurangnya cuci kulit kepala sekali sehari supaya kulit kepala bersih dari berminyak dan berbau dan gunakan TYZARA HAIR SERUM yang memainkan peranan utk membantu kuatkan lagi akar rambut dan memberi vitamin serta kesuburan rambut.

Pemakanan pun kena jaga juga. Kurangkan pengambilan makanan yang ditambah dengan MSG. Air jangan lupa..banyakkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Perubahan hormon, tekanan, penggunaan bahan kimia dan sering bertukar-tukar jenis produk penjagaan rambut turut menyumbang kepada masalah keguguran rambut ni tau...jaga-jaga... banyak lagi punca sebenarnya...



Kelebihan

Antara kelebihan Shampoo KHUSUS RAWAT Rambut Gugur jenama Tyzara adalah Membantu Mengawal Rambut Gugur. Kesan seawal 1 malam dan paling cepat selepas mandi (bergantung pada individu juga ni)

Shampoo berbau wangi menjadikan rambut kita kekal wangi seharian walaupun bertudung. Kelemumur pun mati tau. Bila kelemumur dah takde, kulit kepala bebas minyak dan bersih, senanglah anak rambut baru nak tumbuh dan cepat panjang (bergantung pada individu).

Disamping itu shampoo dan serum ini juga merawat kerosakan rambut, melembutkan rambut dan yangpenting boleh diguna untuk seisi keluarga yang mana selamat digunakan oleh kanak-kanak juga. Untung kan..

Friday, 17 March 2017

Keropok Lekor 3 Bahan

Assalamualaikum.....
Siapa suka makan keropok lekor? Moha ni dari kecil sampailah dah ada anak 3 ni..memang tak pernah jemu dengan keropok lekor.

Masa awal2 mengandungkan Amsyar, hanya 2 benda yang boleh tekak ni terima.
1. Air kelapa dengan ais
2. Keropok lekor

Bayangkan sepanjang tempoh morning sickness tu Moha bertahan dengan 2 benda ni je. Lapar memang lapar..tapi kalau itu je yang tekak ni boleh terima, apakan daya...betul tak? 

Nasib baik tekak tu tak teringin benda pelik2....apalah sangat kan setakat air kelapa dan keropok lekor?

Nak dijadikan cerita, teringin nak buat keropok lekor sendirilah pulak...nak makan panas2 yang dah siap rebus. Kat Semenyih dan Beranang ni mana nak cari???

Jadi gigihla siang ikan sardin, kisar, uli dan gentel...dah rebus tu dia punyalah tak sabar.....sebatang demi sebatang habis...huh...puas hati!!

Moha kongsikan kat sini resepinya..mudah yang amat. 3 bahan je guna...tapi pastikan ikan tu betul2 segar ye...

Keropok Lekor Mohazsue
Bahan2:
1 kg ikan sardin
1 cawan tepung sagu
1 sk garam halus

Cara2:
1. Siang ikan dan bersihkan. Buang tulang dan kisar halus isinya.
2. Masukkan isi ilan yang telah dikisar ke dalam besen. Masa ni dah boleh panaskan air rebusan yang ditambah 1 sudu besar garam.
3. Masukkan tepung sagu dan garam. Gaul sebati. Uli hingga tidak melekat di besen. Sekiranya adunan agak lembek, boleh tambahkan tepung sagu lgi.
4. Taburkan tepung sagu atas permukaan rata. Ambil sekepal adunan, gelekkan menjadi panjang. Buat semua sekali cara yang sama hingga habis.
5. Rebuslah semua keropok yang dah siap dibentuk silinder memanjang td. Bila dah timbul ke permukaan air yandanya dah masakla tu. Boleh angkat dan tos.

Tips : Supaya keropok tahan lama, boeh lumurkan minyak masak bila keropok dah sejuk. Simpan dalam peti ais.

Amsyar Oh Amsyar

Kenapa dengan Amsyar sejak kebelakangan ni? Makin kuat pulak berkepit dengan mama. Mama banyak kerja dik...kalau asyik nak berdukung je, macamana kerja mama nak siap?

Asal bangun tidur je mesti nak nampak muka mama dulu..kalau tak nampak? Dia punya menangis....aduuuuu....kalah bunyi alarm...isk isk isk....

Apalah yang special sangat dengan mama ni dik...? Sampai langsung tak boleh hilang dari pandangan mata.

Mama ada la dik...tak tinggal awak pun...tapi bagilah mama masa nak siapkan semua keje rumah ni dulu...dah siap nanti sure mama dapat fokus 100% kat awak sorang je....please...

Ke sebab gigi taring nak tumbuh? Tak selesa ye? Kesian adik....mesti gusi tengah sakit kan...? Patutla awak selalu demam, batuk dan selsema...kerap cirit-birit dan meragam aje...makan pun tak ada selera...hmmm..sabar sayang...mama kan ada....

Permainan Zaman Kanak-kanak

Masa kecil dulu Moha memang aktif. Kawan dengan budak lelaki. Panjat pokok jambu, pokok pelam, pokok belimbing, pokok ceri dan pokok gajus...tak kiralah pokok siapa selambe je panjat. Redah sungai dan longkang cari ikan. Dapat ikan siang pulak buat main masak2. Hihihi...kenangan terindah...

Bila ramai sepupu datang, sampai lewat malam kami bermain. Macam2 permainan...polis sentri la, rambreb la, nenek sibongkok tiga la...sembunyi ibu...baling tin...pendek kata kawasan taman masa tu memang riuh dengan suara kami je. Masa tu tak takut main kay luar..kes culik tak ada...mak ayah pun memang tak kisah kami keluar..yang penting kalau sebelah siang tu sebelum maghrib dah ada kat rumah..malam pulak sebelum pukul 10 malam dah balik. Walaupun main depan rumah...syoknya masa kecil2 dulu...hidup tak ada tekanan..

Permainan kami pun enjoy je. Main pondok2 paling best. Sebab ada watak mak, ayah, adik, abang dan kakak. Keluarga bahagia sangat. Kalau lebih orang masa tu, reka watak lain...engkau jadi jiran ea...hihihi...masa tu suka sangat part masak2...boleh main api...haaaa...siap kidnap mancis mak tu..mujur tak terbako..huhuhu

Permainan paling menakutkan masa tu apalagi? Main hantu la...kami ramai2 osom siapa kalah jadi hantu. Punyalah takut. Padahal main siang buta je tu...siap baca kuat2 semua surah yang hafal...klu salah pun salahla..janji hantu tak tangkap...hahahaha...ngek je rasa...huhuhu

Sekarang ada lagi ke budak2 main macam ni? Hmmm...Moha sendiri tak izin anak2 keluar bermain dengan kawan2. Walaupun padang bola depan rumah, kalau kami tak ada sekali, mereka memang tak lepas keluar. Bukan apa...Moha tak nak menangis kemudian hari jika apa2 berlaku pada mereka. Zaman sekarang bukan macam dulu...cukupla dengan macam2 yang dah berlaku sebelum ni...cukuplah.....

Transfer Factor-tri Apakah Itu Transfer Factor?

Assalamualaikum… Apa Transfer Factor ni sebenar-benarnya?
Transfer Factor (TF) ialah molekul utusan yang memindahkan informasi imun daripada satu sumber kepada sumber yang lain. Transfer Factor (TF) merupakan sebahagian daripada molekul-molekul paling unik di dalam tubuh badan kita. Ia mengangkut mesej-mesej penting kepada sel-sel imun di seluruh tubuh badan, membantu menangkis serangan dengan lebih gigih dan berkesan bagi menjamin kesejahteraan anda. Kekuatan 1 biji pil Transfer Factor sama sepertu 75 – 100 biji pil kolostrum dalam fungsi peningkatan daya imun. TF tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua usia termasuk orang tua dan bayi. 1 biji TF mengandungi informasi untuk mengenali lebih dari 100 000 jenis kuman, virus, jamur, parasit dan bakteria dalam badan. Transfer Factor bukanlah vitamin, mineral, herba atau buah-buahan. Transfer Factor membekalkan kecerdasan kepada sistem imun dalam tiga kaedah penting iaitu: 1) Recognize (Kenal pasti) – Transfer Factor membantu sel-sel imun mengenal pasti kuman penceroboh dengan lebih cepat. 2) Respond (Bertindak Balas) – Transfer Factor membantu mempercepatkan tindak balas sistem imun terhadap penceroboh selepas ianya dikenal pasti. 3) Remember (Ingat) – TF mengingati kuman-kuman tertentu yang ditemui oleh sistem imun. Justeru, sekiranya kuman itu hadir sekali lagi, tubuh badan anda tahu apa jenis kuman itu dan apa yang perlu dilakukan.
Boleh faham ke tu? Camni….. Tf ni pembawa maklumat penyakit. Dia tak bantu pun ubatkan penyakit. Tapi ia bantu SISTEM IMUN badan untuk kenal penyakit. Dalam badan kita ada satu jenis cell namanya NK cell (Natural Killer cell) yang akan buat kerja untuk sembuhkan penyakit dengan sendiri tanpa ubat. Malangnya, kalau NK cells ni tak kenal penyakit, macam mana dia nak bunuh kuman/virus/perbetulkan apa yang tak betul dalam badan kan? So di sinilah tf bantu untuk BIJAKKAN sistem imun badan. TF ni yang pergi sampaikan maklumat kat NK cells bagitau apa yg dia patut buat. Tf ni bukanlah 100% diambil dari cow colostrum. Tf hanyalah MOLEKUL PROTIN yang diekstrak dr ‘cow colostrum’ dan juga dr kuning telur yang berkualiti. Jadi tiada isu alergi kalau ambil tf kerana alergen dah ditinggalkan di dalam kedua-dua bahan tu semasa proses ekstrak dilakukan.

Wednesday, 15 March 2017

Rindu Yg Tak Pernah Hilang

Sekejap aja masa berlalu...

4 Mac 2013 arwah Bak pergi dijemput Illahi...menyusul arwah Kak Long pada 16 Mac 2013. Sungguh ketika menerima berita pemergian Kak Long, Moha tak kuat. Tak setabah masa arwah Bak meninggal. Mungkin sebab arwah Bak memang dah uzur waktu tu. Tp arwah Kak Long...memang dia tak berapa sihat. Tapi dia jarang sangat tunjuk pada kami yang dia sakit.

Arwah Kak Long sakit saraf...menurut doktor saraf tunjangnya tersepit di celahan tulang yang retak masa dia terjatuh tangga dulu. Kalau dibedah, peluang sembuh agak tipis. Jadi Kak Long cuba bertahan bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan doktor disamping berubat secara alternatif.

Dia sangat kuat..sangat tabah..sangat penyayang..dialah kakak yang menggalas paling banyak tanggungjawab menjaga kami semua...kasih-sayang dia pada kami buat dia sentiasa di hati...

Rindu ini tak pernah hilang...makin tebal setiap hari...tenanglah Kak Long di sana..moga Allah terima semua amalan Kak Long dan tempatkan Kak Long, Bak dan Mak di syurga...aamiin

Tuesday, 14 March 2017

Traffik Blog Selepas Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket".

Assalamualaikum.....

Sejujurnya Moha ni taklah berapa mahir dalam berblogging..masih dalam proses belajar lagi..itupun belajar sendiri...bukan mudah..sebab banyak yang tak faham...dulu Moha ada satu blog...dah minta kawan blogger edit cantik-cantik. Tapi sebab terlupa password dan email, Moha pun tak dapat login lagi dah blog tu.

Trafik blog Moha sebelum ni sedih tau...sikit je..mcm blog syok sendiri pulak...hahaha...tapi  alhamdulillah..sejak Sifu Hasrul Hassan buka segmen ni, alhamdulillah.....memang naiklah traffik blog..sukanya😁

Terima kasih banyak2 sifu.....jasamu dikenang..😊

Tak Tahan Batuk

Semalam jam 3 petang, cuaca memang terik dan bahang panas terasa perit di muka...tapi sebab nak kena pos cepat2 sambal yang customer dah order, gigihla juga.....

Ramainya orang kat pejabat pos...no giliran pun kira2 ada lg 22 org yang menunggu.

Selesai urusan pos jam 4.56 petang...keluar aje dari pejabat pos, serta-merta terasa kepanasan haba luar tu.....

Balik rumah, mula selsema dan batuk. Makin lama makin teruk. Terasa macam nak demam pun ada.. Mastura Abdullah cakap mkn TF cepat. Jadi 2 biji kapsul selamat dikunyah dengan jayanya.....disebabkan kepala rasa berat, baringla sekejap...entah macamana, pukul 2 pagi bru terjaga..huhu..bila masa pulak tidur ni? Kesian Amsyar...tidur sendiri dia...

Pagi tadi makan 2 biji kapsul lagi..alhamdulillah...sekarang dah tak batuk2...selsema pun dah kurang..leganya...balik dari klinik, terus ke dapur..siap masak dah...blhla lepak2dengan Amsyar pulak sementara tunggu abang2 balik sekolah...

Sunday, 12 March 2017

Masalah Besar Setiap Hari!

Assalamualaikum....salam hari minggu.

Dulu Moha ingat Moha sorang je ada masalah besar macamni. Rupa-rupanya ramai juga yang hadapi masalah yang sama! Isk..isk..isk...sama rupanya kita...hihihi

Apalah masalah yang  besar sangat tu ye?

Apa lagi??!!! Masalah ni la.....

"Nak masak apa ea harini?"

Dokla bertapa termenung depan peti ais. Memikir kalau bahan ni masak apa? Nak letak apa lagi? Kalau masak menu ni pulak, cukup tak bahannya?

Arghhhh....stress sudahnya....berminit2 juga termenung depan peti ais. Kadang-kadang dah rangka dan set dalam kepala nak masak apa, tengah-tengah siapkan bahan tu, boleh pulak lalu lintasan kat kepala...tau-tau siap dah masak menu lain...hahaha...sengal!

Saturday, 11 March 2017

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Assalamualaikum.....
Sebenarnyakan...saya nak sangat-sangat trafik blog saya ni tinggi bacaannya...tapi saya tau saya bukan glamour..huhu..jadi peluang yg Tuan Hasrul Hassan dah buka ni takkan saya nak lepaskan camtu je kan? Rugiii......
Jadi kalau ada lagi yang nak join segmen ni, klik je banner yang saya paste kat bawah ni.
Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket
Harap-harap trafik blog saya lepas ni lagi tinggi dari KLCC hihihi...
Tq Sifu...jasamu ku kenang..moga Allah beri ganjaran yg terbaik buatmu...aamiin..

Sunday, 5 March 2017

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

MARA eUsahawan Bootcamp
Edisi Young Entrepreneur

TEROKAI DUNIA PERNIAGAAN ONLINE BERSAMA MARA eUSAHAWAN

Anda ingin jadi Usahawan?

Mahu pelajari ilmu penting dalam perniagaan online oleh pakar industri ?

Ramai dah berjaya menjana jualan dengan perniagaan online .

Jom sertai Program Mara eUsahawan Bootcamp Edisi Young Entrepreneur anjuran Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) & Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Latihan Perniagaan Online secara PERCUMA kepada usahawan muda .

Ya Bootcamp ini adalah PERCUMA !!!

Jika anda berusia bawah 40 tahun & mahu belajar menjadi seorang usahawan, anda adalah orang yang kami cari . Ya serius !!

Apa yang akan anda pelajari?

1. Perkongsian REAL-Case & Best Practise daripada Usahawan Selebriti Jemputan !

Kalau di luar anda terpaksa membayar ratusan ringgit tapi sekarang anda dapat dengar dengan mata kepala telinga anda sendiri dengan PERCUMA

Boleh la swaphoto tunjuk dekat kawan-kawan .

Jangan lupa tanya soalan penting !!!

2. Dapatkan Informasi lanjut tentang peluang mendapat Kemudahan Pembangunan Usahawan MARA (bagi yang layak) seperti
* latihan pembentukan/peningkatan usahawan,
* kemudahan pembangunan/peningkatan produk/perkhidmatan,
* kemudahan peningkatan perniagaan/pasaran/packaging/labeling,
* bantuan persijilan/standard,
* kemudahan pembiayaan,
* kemudahan inkubator/premis perniaagaan .

Banyak kan korang tak tahu ?

3. Untuk Bootcamp 1 hari ini anda tak perlu bayar ianya  PERCUMA bersama 3 kali makan & minum.

Juga berita baik !

Anda yang hadir ke bootcamp ini bakal di pilih secara terus bagi Kelas eUsahawan !

Ya ,
Anda boleh ke KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

anda boleh pelajari lebih mendalam perkara berikut;
* Facebook for Business
* Instagram for Business
* WhatsApp Marketing
* Copywriting Techniques
* Search Engine Optimization (SEO)
* Google Trend & Google Keyword

Jom ramai-ramai ke MARA eUsahawan Bootcamp edisi Young Entrepreneur;

TARIKH : 12 Mac 2017  Hari AHAD .
MASA : Pendaftaran BERMULA 8.00 Pagi
Lokasi : Dewan Gemilang Mercu Idaman , German-Malaysian Institute , Kajang .

WAZE : German-Malaysian Institute , Kajang

DAFTAR DI LINK INI SEKARANG !!!

http//bit.ly/eusahawanyep
http//bit.ly/eusahawanyep
http//bit.ly/eusahawanyep

Terhad kepada 1,000 orang pertama sahaja .

Pendaftaran akan ditutup pada jam 12.00 malam 7 Mac 2017 .

Wednesday, 1 March 2017

Penangan Sambal Tempoyak D'laila Food

Alhamdulillah...

First time dapat jadi ajen D'laila Food ni..mula-mula risau juga kalau tak dapat pelanggan. Tapi alhamdulillah...Allah itu Maha Pemurah.... 35 sambal tempoyak ikan bilis petai, 5 sambal tempoyak ikan bilis, 5 pes asam pedas dan 2 rendang pucuk ubi berjaya di pos dalam masa 1 hari...fuhhh..lega...tak risau lagi dah.


Kenapa produk ini laris? Tentulah kerana kualitinya!!! Rasa yang memang umphh!!! Bila pelanggan dah yakin, mereka tak banyak soal pun. Sanggup menanti dengan penuh kesabaran..terima kasih daun keladi...nanti orderlah lagi ye😊

Healing Crisis

Assalamualaikum....

Harini Moha nak share pasal Healing Crisis. Apa tu? Meh baca...

*HEALING CRISIS*

_Kesan dan Tindakbalas Umum Dalam Proses Penyembuhan_
_Tindakbalas penyembuhan merupakan proses memperbaiki sel-sel tubuh untuk berfungsi secara normal apabila menjalani terapi penyembuhan semulajadi. Sel-sel tubuh akan mmemiliki kekuatan untuk mengeluarkan toksin dari dalam tubuh secara semulajadi.

Ini adalah antara beberapa tindakbalas penyembuhan yang mungkin terjadi :

*TINDAKBALAS PENYEMBUHAN: SEBAB*

*Badan terasa hangat*: 
Metabolisme meningkat dan menyebabkan suhu badan meningkat sedikit (tetapi tidak berbahaya seperti demam disebabkan infeksi).

*Rasa segar pada malam hari*: Metabolisme lemak berlebihan dalam badan.

*Najis hijau / kehitaman*: 
Pembuangan sisa-sisa toksin pada usus besar.

*Air kencing perah / macam darah*: Pembuangan batu karang yang telah hancur bagi pengidap batu karang.

*Rasa kembung sendawa/buang angin*: Proses menormalkan sistem pencernaan.

*Rasa sakit pada tempat yang memang sudah sakit*: 
Proses pembuangan toksin pada organ yang berkaitan.

*Mengantuk dan keletihan:* 
Proses pembuangan racun dalam tubuh ketika nutrisi memasuki sistem pembuluh darah.

*Pening, rasa pitam dan peluh sejuk*: Proses pembuangan racun, terutamanya pesakit diabetes dan hypertensi.

*Susah buang air besar atau sembelit*: Proses menormalkan sistem pembuangan (usus besar).

*Keluar jerawat / gatal-gatal pada badan*: Proses pembuangan racun dari dalam badan melalui kulit.

*Haid tidak teratur (sementara)*: 
Proses menormalkan keseimbangan hormon dalam badan.

*Selsema, batuk berkahak*: 
Kalau bukan disebabkan oleh infeksi kuman, ia merupakan proses menormalkan sistem pernafasan yang lemah.

*Muka sedikit sembab*: 
Proses menormalkan fungsi ginjal.

*Mulut kering*: 
Proses metabolisme dalam tubuh meningkat (banyakkan minum air kosong).

*Panas dalam*: 
Memperbaiki sistem kekebalan selular pada mukosa mulut akibat kekurangan beberapa jenis zat gizi (banyakkan minum air kosong).

*Tiada tindakbalas penyembuhan* : 
Badan sihat, terus jaga kesihatan sistem imun dengan pemakanan tambahan tertentu.

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...