Resepi Ikan Bakar Paling Senang

Assalamualaikum...

Harini hari Ikan Cencaru😄...sebabnya tengahari tadi dah masak Ikan Cencaru Bakar Kunyit, air asam, sup telur dan ulam pucuk beruas...petang pula untuk makan malam Ikan Cencaru Bakar Bersambal, air asam dan Sambal Anak Terung...ni kes nak perabis stok ikan dalam peti ais la ni...hihihi..



Saya kalau masak ikan bakar bersambal ni, saya lebih suka guna oven je...sonang kojo den...masuk je ikan, tiiinggg...dah siap!! Rumah pun tak penuh asap tapi penuh dengan aroma yang memanggil-manggil, memalu gendang dalam perut😂😂..

Oklah..ni resepi cara saya :-

Resepi Ikan Cencaru Bakar Bersambal Paling Senang

Bahan-bahan:

3 ekor Ikan Cencaru (bersihkan dan belah belakang..gaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit) 
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam cili kering (rebus hingga lembut)
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula pasir
6 helai Daun kunyit

-Kisar semua bahan di atas ni kecuali ikan dan daun kunyit..

-Tumis semua bahan yang dah dikisar tadi hingga pecah minyak. Dah siap sambal kan? 

-Ambil 2 helai daun kunyit, sapu 1 sudu besar sambal...letak ikan lumur sambal rata2 dalam belahan tadi. Letak sesudu sambal lagi atas ikan kemudian balutlah dengan daun kunyit. 

-Susun ikan yang dah siap ke dalam loyang, masuk dalam oven yang dipanaskan 10 minit awal. 

Ikut setting oven masing2la ye..saya guna oven industri api atas bawah dgn suhu 150°C selama 15 minit. Tiinggg..dah siap...bolehla dihidang sama air asam.



Comments

Popular posts from this blog

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM