Banner

Tuesday, 14 February 2017

De Rhu Beach Resort, Kuantan

Assalamualaikum...salam ceria semua...

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan pada 11 hingga 12 Februari 2017. 

Alhamdulillah.... kami sekeluarga dapat turut serta program kali ni. Teruja pun ada juga sebab ini juga merupakan kali pertama nak jejakkan kaki ke Kuantan dan berkumpul dengan ahli yang lain.
Perjalanan kami sekeluarga bermula seawal jam 7 pagi. Memulakan perjalanan ke Kuantan dari Beranang melalui Lebuhraya LPT (Gombak-Karak-Kuantan-Jabor) yang memakan masa hampir 4 jam, tidaklah susah kerana menggunakan aplikasi Waze. Hanya taip 'De Rhu Beach Resort' kemudian ikut saja arah panduan yang diberikan, pasti terus sampai ke destinasi.

Kami tiba di Kuantan tepat jam 12.30 tengahari, perut pun dah terasa lapar. Jadi kami singgah ke Restoran Nasi Ayam Nor yang disarankan oleh sahabat saya yang menetap di sini, untuk makan tengahari. Semestinya Nasi Ayam lah menunya....
 
Sesudah makan, kami terus ke Resort untuk pendaftaran. Ops...belum sempat sampai Resort, mata dah terpandang ayam golek Pak Tam pula dengan tagline lebih kurang camni bunyinya “Ayam Golek dengan sos 3 Rasa”. Maafkan saya kalau salah. Fokus utama mata lebih tertumpu pada beberapa ekor ayam bersalut rempah yang digolek-golek atas bara api...hehehe...set ayam ni ada 3 jenis sos. Sos lada hitam, sos cili merah dan sos cili hijau (yang ni extra pedas). Kesimpulannya tak susah sebenarnya cari kedai makan di sini.. pada yang baru nak jejakkan kaki ke Kuantan macam saya ni, jangan susah hati pasal tempat makan ye. Banyak tempat makan sedap-sedap di sini.
Sebenarnya pendaftaran untuk 'check-in' adalah pada pukul 3.00 petang. Tapi disebabkan kami sekeluarga dan beberapa orang blogger lagi dah sampai awal, maka lepak-lepakla kami di ruang lobi resort sementara menunggu penyerahan kunci bilik. 

Sedang kami berbual, 4 orang wakil dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) pun tiba. Terima kasih kepada LZS atas pemberian buah tangan berupa pizza buatan Asnaf bimbingan LZS kepada kami. 


Sedap pizza ayam tu kekal lembut walaupun dah berjam-jam. 

Sebaik saja dapat kunci kami terus ke bilik. Wah..bilik besar, luas dan kemas. Kami menginap di bilik Superior Room yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya:-

1. Almari pakaian. 
Di dalamnya terdapat penyangkut baju, seterika, bantal tambahan, sejadah dan al-Quran. 

2. Meja pantry.
Ada peti ais mini, 1 dulang, 2 botol air mineral, sebiji cerek elektrik, sebiji termos, 2 biji mug, 2 biji gelas, 2 batang sudu, serbuk nescaffe, serbuk krimer, gula dan uncang tea lipton dan sekotak tisu.
3. Katil bersaiz king disertakan dengan 3 biji bantal yang lembut dan selesa. Muatlah untuk kami berlima tidur nanti. 2 tuala bersih turut disediakan di atas tilam yang di alas rapi.
4. Meja tepi di kiri dan kanan katil dan sebuah telefon diletakkan untuk memudahkan pengunjung berhubung dengan pihak resort.

5. 2 biji kerusi empuk dan sebuah meja kopi bulat di susun kemas di bahagian tepi tingkap. 

6. 2 cermin yang bersaiz besar turut disediakan. Satu di dinding luar bilik mandi, satu lagi di ruang meja television.
TV disertakan bersama alat kawalan jauh  dengan rangkaian Astro, sebuah lampu tidur diletakkan di atas meja bersama dengan tv dan katalog berkaitan resort. Kerusi dan penghawa dingin  juga disediakan.

7. Bilik mandi yang selesa dan lengkap dengan tandas duduk, disediakan tisu gulung, sabun mandi, gel mandian, syampu dan penutup kepala. 


Oh ya... Bilik penginapan ada 162 buah dengan 4 jenis pilihan iaitu De Rhu Suite, Super Deluxe Room, Deluxe Room dan Superior Room.


Yang ini bilik De Rhu Suite. Ada angsa bercinta lagi..romantiknya..

Aktiviti petang ni adalah bebas..anak-anak pun dah tak sabar nak mandi kolam...jom kita mandi!!

Kolam renang di sini menarik, luas, bersih dan cantik. Ada banyak pilihan tau..pilih saja nak mandi di bahagian mana satu. Setiap kolam ada pembahagian antara kanak-kanak dan dewasa. Pengawal keselamatan juga sentiasa memantau di setiap penjuru... jadi taklah risau sekiranya berlaku sesuatu kan?   

Eh...bukan pengunjung yang menginap di sini sahaja yang boleh mandi di kolam-kolam ni tau..orang luar pun boleh. Caj yang dikenakan pun murah. RM10 bagi dewasa, RM7 bagi kanak-kanak. Memang puas hati. Dalam kolam pun ada taman permainan macam di Sunway Lagoon.. memang seronoklah... lebih-lebih lagi mandi pada masa cuaca yang baik macam ni.. angin laut pun sejuk je.. nyaman rasanya.
Budak berdua ni pun dah tak sabar nak terjun... 

Si Amsyar ni pun suka mandi kolam. Sampai tak mahu keluar. Padahal dah menggigil kesejukan tu.
Pakej Hari Keluarga kali ini adalah pakej Rehlah. Antara kandungan yang terdapat didalam pakej ini ialah pengunjung akan mendapat bilik penginapan untuk bermalam 1 hari, makan malam, sarapan pagi dan makan tengahari. Mandi kolam percuma, malah acara sukaneka turut diuruskan oleh pihak pengurusan resort. Memang berbaloi dengan RM300++ , anda boleh dapat semua ni untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.

Sebenarnya apa yang menarik di De Rhu Beach Resort, Kuantan ni?

De Rhu Beach Resort, Kuantan mempunyai fasiliti dan kemudahan bertaraf antarabangsa yang dicari-cari setiap pengunjung. Di bina atas tanah seluas 6 ekar menghadap Laut China Selatan yang biru airnya setiap pertengahan tahun.

Di sini terdapat 10 buah dewan yang disediakan khas untuk pelbagai aktiviti atau majlis seperti seminar, mesyuarat, majlis perkahwinan, pelbagai jenis jamuan, reunion, hari keluarga dan sebagainya. Wow!! 10 dewan? Baguskan? Banyak majlis atau acara boleh dibuat serentak.













Selain itu juga ada taman permainan untuk kanak-kanak dan aktiviti riadah berhampiran kolam renang, tempat-tempat duduk juga disediakan buat ibu bapa yang menunggu sambil memerhatikan anak-anak mereka mandi. Juga terdapat padang untuk sukaneka, gelanggang squash dan badminton, aktiviti lasak seperti ATV Adventure, dan kalau anda rasa nak menyanyi, boleh sewa bilik karaoke. Nak main game, ada video game lounge..best kan???








Masa untuk makan malam...yeay!! Menu makan malam ni, nasi putih, gulai ayam, ikan masak kicap, ikan masin, ulam-ulaman bersama sambal belacan dan budu beserta kuih bakar dan tembikai sebagai pencuci mulut.



 




Selepas makan bermulalah sessi beramah-mesra bersama LZS. kami diberikan sedikit penerangan yang berkaitan dengan LZS. Terima kasi sekali lagi kepada LZS atas pemberian goodies bag.


Penyampaian T-shirt kepada wakil LZS oleh Ben Asaari. Terima kasih kepada  AJCetak untuk T-Shirt yang cantik ni.

Lebih kurang 12.30 malam kami blogger berkumpul semula untuk sessi suai-kenal secara santai. Banyak sungguh ilmu dan tips berblogging yang dikongsikan oleh mereka terutama Ben Asaari sendiri.


Keesokkan pagi selepas sarapan nasi lemak yang disediakan oleh pihak resort, kami semua menuju ke padang. Pelbagai acara sukaneka tela diaturkan untuk kami. Antaranya, Rebut gula-gula, rebut kerusi, bowling kelapa, kukur kelapa, langkah gergasi, terompah gergasi, golek rem tayar dan banyak lagi.

Pusing-pusing keliling kerusi. Siapa paling hebat rebut kerusi?


Hehehe..nampak tak kemeriahan dan keseronokkan di situ?
Tamat acara sukaneka, kami bergambar ramai-ramai. Meriah sungguh!! 





Selesai bergambar, masing-masing sambung mandi kolam. ada juga yang balik ke bilik untuk berkemas. Yelah, nak 'check out' dah. 

Sebelum balik, kami dijamu dengan nasi minyak...yummy..sedap masakan chef di sini.
 



Kenangan ini pasti tak akan saya lupakan. Semua rakan blogger sangat-sangat sporting dan tidak sombong walaupun berlainan bidang, pangkat dan status.

Apa yang boleh saya rumuskan, De Rhu Beach Resort, Kuantan adalah pilihan destinasi yang serba lengkap dan terbaik dengan tawaran harga yang sangat berbaloi-baloi.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh diajukan di :-

Website: derhu.com.my
No. Telefon: 09-5579000
Email: drbr@derhu.com.my



KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...