Belum Masanya

Mlm smlm terasa sakit bahagian belakang. Sampai tak boleh nak berjalan macam biasa. Terpaksa berpaut di dinding. Pukul 10 malam terasa ada keluar cairan. Lepas periksa rupanya lendir bercampur darah. Tapi sakit belum kuat lagi. Nak beritahu suami, dia tidur. Tak sampai hati..lagipun belum sakit kuat.
Pukul 1 pagi suami terjaga. Beritahu jugala pasal hal tu.. Dah dia tak boleh tidur sebab risau. Dahla anak sulong pun demam masa ni...isk..dugaan..

Pagi-lagi kami bersiap. Lepas bawa anak sulong ke klinik, kami makan nasi ayam di Semenyih dulu kemudian terus ke Hospital Putrajaya.

Sampai sana, cek CTG dan yang sewaktu dengannya. Ala...Baru buka 1 sm!! Doktor yg merawat tak galakkan bersalin di situ. Penuh katanya. Dia suruh balik dulu berehat di rumah. Bila dah betul-betul sakit baru ke hospital yang terdekat tapi bukan Putrajaya. Hmmmm....belum masanya baby nak keluar....balik laaaaa...

Comments

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah