Posts

Showing posts from December, 2015

Belum Lagi.....

Harini dah 13/12/2015. Dah lewat satu hari.....baby masih di dalam...tak nak keluar ke sayang????? Rasa sakit pun taklah sekuat mana..cuma bila nak berjalan tu yang susah....betul2 susah...takkanlah sebab susah nak berjalan nak duduk wad kan? Doktor pun tak sudi nak tahan wad. Mungkin sebab terlalu ramai yang nak bersalin bulan ni agaknya. Harini juga dah 4 hari makcik suami duduk sini meneman. Kesian pula kat dia. Penat meneman org yang tak bersalin-salin ni....Baby......keluarlah cepat sayang.....mama, papa & abang-abang tak sabar nak tengok, nak belai, nak cium baby....

Belum Masanya

Mlm smlm terasa sakit bahagian belakang. Sampai tak boleh nak berjalan macam biasa. Terpaksa berpaut di dinding. Pukul 10 malam terasa ada keluar cairan. Lepas periksa rupanya lendir bercampur darah. Tapi sakit belum kuat lagi. Nak beritahu suami, dia tidur. Tak sampai hati..lagipun belum sakit kuat.
Pukul 1 pagi suami terjaga. Beritahu jugala pasal hal tu.. Dah dia tak boleh tidur sebab risau. Dahla anak sulong pun demam masa ni...isk..dugaan..Pagi-lagi kami bersiap. Lepas bawa anak sulong ke klinik, kami makan nasi ayam di Semenyih dulu kemudian terus ke Hospital Putrajaya. Sampai sana, cek CTG dan yang sewaktu dengannya. Ala...Baru buka 1 sm!! Doktor yg merawat tak galakkan bersalin di situ. Penuh katanya. Dia suruh balik dulu berehat di rumah. Bila dah betul-betul sakit baru ke hospital yang terdekat tapi bukan Putrajaya. Hmmmm....belum masanya babynak keluar....balik laaaaa...

Sabar Menanti

Harini dah 8hb Dismember 2015. Ikutkan tarikh jangkaan ada lagi 4 hari. Tapi rasanya sungguh-sungguh tak sabar. Lambat pulak masa berlalu...bukan apa, nak bawak diri xlarat sangat rasanya. Lebih-lebih lagi bila nak berjalan selepas bangun dari duduk atau baring. Rasa macam nak tercabut urat-urat di perut. Entah kenapa...mungkinkah faktor usia? Masa kandungkan abang-abangnya takdelah pula rasa macamni. Masih ligat dan lincah walaupun terlebih hari. Tapi kali ni dari awal kandungan badan dah lembek. Tempoh mabuk yang lama, berat badan naik mendadak , kaki tangan yang selalu bengkak...hmmm...sabarlah hati...nanti manalah tau lepas bersalin nanti babytak meragam macam abang-abang dia dulu...aamiin