Posts

Showing posts from November, 2015

Menghitung Hari

Assalamualaikum....Harini belum ada tanda-tanda nak duduk wad. Eh...bukan sebab sakit yang kronik ke apa....tapi sakit nak dapat orang baru.. :)Ikutkan duedate12/12/15. Tapi dah mula terasa sakit "main-main" sikit. Sebetulnya memang diri sendiri yang tak sabar. Tak sabar nak tengok rupa baby, nak pegang, nak dukung, macam-macam lagila...maklumlah dah 8 tahun jarak mengandung dengan anak nombor 2 tu. Dah macam mengandung anak sulong pulak. Maklumlah bila badan dah 'tua' ni (walaupun jiwa sentiasa muda...hihihi), mulalah sakit sana-sini...dah mula terasa berat dan susah nak bawa diri. Kaki tangan pun dah mula bengkak-bengkak.  Tapi takpe....itulah nikmatnya jadi IBU...alhamdulillah...