Posts

Showing posts from 2015

Belum Lagi.....

Harini dah 13/12/2015. Dah lewat satu hari.....baby masih di dalam...tak nak keluar ke sayang????? Rasa sakit pun taklah sekuat mana..cuma bila nak berjalan tu yang susah....betul2 susah...takkanlah sebab susah nak berjalan nak duduk wad kan? Doktor pun tak sudi nak tahan wad. Mungkin sebab terlalu ramai yang nak bersalin bulan ni agaknya. Harini juga dah 4 hari makcik suami duduk sini meneman. Kesian pula kat dia. Penat meneman org yang tak bersalin-salin ni....Baby......keluarlah cepat sayang.....mama, papa & abang-abang tak sabar nak tengok, nak belai, nak cium baby....

Belum Masanya

Mlm smlm terasa sakit bahagian belakang. Sampai tak boleh nak berjalan macam biasa. Terpaksa berpaut di dinding. Pukul 10 malam terasa ada keluar cairan. Lepas periksa rupanya lendir bercampur darah. Tapi sakit belum kuat lagi. Nak beritahu suami, dia tidur. Tak sampai hati..lagipun belum sakit kuat.
Pukul 1 pagi suami terjaga. Beritahu jugala pasal hal tu.. Dah dia tak boleh tidur sebab risau. Dahla anak sulong pun demam masa ni...isk..dugaan..Pagi-lagi kami bersiap. Lepas bawa anak sulong ke klinik, kami makan nasi ayam di Semenyih dulu kemudian terus ke Hospital Putrajaya. Sampai sana, cek CTG dan yang sewaktu dengannya. Ala...Baru buka 1 sm!! Doktor yg merawat tak galakkan bersalin di situ. Penuh katanya. Dia suruh balik dulu berehat di rumah. Bila dah betul-betul sakit baru ke hospital yang terdekat tapi bukan Putrajaya. Hmmmm....belum masanya babynak keluar....balik laaaaa...

Sabar Menanti

Harini dah 8hb Dismember 2015. Ikutkan tarikh jangkaan ada lagi 4 hari. Tapi rasanya sungguh-sungguh tak sabar. Lambat pulak masa berlalu...bukan apa, nak bawak diri xlarat sangat rasanya. Lebih-lebih lagi bila nak berjalan selepas bangun dari duduk atau baring. Rasa macam nak tercabut urat-urat di perut. Entah kenapa...mungkinkah faktor usia? Masa kandungkan abang-abangnya takdelah pula rasa macamni. Masih ligat dan lincah walaupun terlebih hari. Tapi kali ni dari awal kandungan badan dah lembek. Tempoh mabuk yang lama, berat badan naik mendadak , kaki tangan yang selalu bengkak...hmmm...sabarlah hati...nanti manalah tau lepas bersalin nanti babytak meragam macam abang-abang dia dulu...aamiin

Menghitung Hari

Assalamualaikum....Harini belum ada tanda-tanda nak duduk wad. Eh...bukan sebab sakit yang kronik ke apa....tapi sakit nak dapat orang baru.. :)Ikutkan duedate12/12/15. Tapi dah mula terasa sakit "main-main" sikit. Sebetulnya memang diri sendiri yang tak sabar. Tak sabar nak tengok rupa baby, nak pegang, nak dukung, macam-macam lagila...maklumlah dah 8 tahun jarak mengandung dengan anak nombor 2 tu. Dah macam mengandung anak sulong pulak. Maklumlah bila badan dah 'tua' ni (walaupun jiwa sentiasa muda...hihihi), mulalah sakit sana-sini...dah mula terasa berat dan susah nak bawa diri. Kaki tangan pun dah mula bengkak-bengkak.  Tapi takpe....itulah nikmatnya jadi IBU...alhamdulillah...


Menjadi Juga Dress Nursing

Image
Assalamualaikum....Hari ni lepas je sarapan, terus mulakan projek jahitan. Rancangannya nak jahit dress muslimah nursing.
Sue belum sempat belajar lagi menjahit baju dan sebagainya. Belum begitu mahir. Sekarang ni belajar dari buku je. Tekun dan kusyuk tau menghadap buku. Siap pegang pita ukur, pen dan kertas kat sebelah. Macam nak ambil periksa pula.
Bila dah mula rasa yakin, Sue pun mulakan la kerja. Bermula dengan melakar ukuran baju atas kain, menggunting dan seterusnya menjahit. Bagi permulaan ni, memang terasa susahnya menjahit. Lebih² lagi mesin jahit tepi baru je sampai semalam. Ya Allah, punyalah laju mesin tu. Terbabas² dibuatnya..senget-benget jugalah kain perca yang buat latihan menjahit tu.
Lepas latihan demi latihan, akhirnya dapat juga kawal kaki menekan pedal mesin jahit tu. Maka siapla sehelai dress atau jubah muslimah menyusu. Alhamdulillah....