Banner

Friday, 5 December 2014

Kes ragut dalam rumah?

Allahuakhbar.....siang2 hari pun boleh jadi dorg ni!

Kisahnya jiran saya baru je balik dr pasar. Dia seorg je masa tu..masa sampai di rumah..macam biasalah...buka pagar, ambil barang2 dlm kereta, nak bawa masuk dalam rumah. Belum sempat masuk rumah, tiba2 dia dikejar 2 org lelaki pakai helmet full face sambil pegang parang. Entah bila masa dorg ni follow pun xtaula...

Sape xtakut kan? So, jiran saya sambil terpekik mintak tolong bergegas lari ke dalam. Yg 2 org penyamun ni kejar. Dalam keadaan gopoh, kakak tu terjatuh dan kesempatan tu la si penyamun gunakan. Penyamun tu menhunus parang ke lehernya sambil ugut serahkan apa yang dia nak.

Suami mangsa yg kebetulan ada di rumah dgn 2 anaknya keluar tapi xboleh nak buat apa2 sebab parang dah kat leher mangsa. Si suami cuma mampu cakap kat penyamun supaya ambil apa yg dia nak tapi jgn apa2kan mangsa. Si penyamun rentap dan ragut rantai dan gelang tangan yang kakak tu pakai..Syukur...akak tu xapa2..tp trauma tu saya pasti xmungkin hilang dlm tempoh terdekat.

Hati2 semua...kdang2 kita ingat kawasan rumah kita selamat. Tapi malang memang xberbau kan? Lebih2 lagi dalam keadaan sekarang ni.

No comments:

Post a Comment

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...