Advertisement

Garlic Cheese Bun

Salam sayang semua..

Semalam buat roti....kebetulan yis xbyk yg ada dlm simpanan. Anak2 time cuti sekolah ni lapar je...mungkin sebab xde aktiviti kot...saya pulak mmg xizinkan mereka main kat luar..bukan apa, risau keselamatan diorg...biarlah dorg dpn mata....tenteram rasa jiwa raga..

Okla balik pada resepi...sgt mudah resepi ni. Bahan pun mudah dapat. Filling terpulang ikut citarasa la ye...

Bahan doh roti:
3 cwn tpg gandum
1 sb yis
1 sk garam
2 sb gula
1 cwn air suam
2 sb minyak masak

-Campur semua bahan kecuali minyak dlm bekas. Gaul dan uli hingga tak melekat di tgn.
-Letak minyak dan uli lagi hingga tiada kesan minyak di tangan. ---
-Rehatkan doh dan tutup bekas dgn kain selama 20 minit atau hingga doh kembang.
-Tumbuk2 adunan bagi mengeluarkan angin dan uli lagi.
-Bahagikan adunan kpd 4 bahagian.
-Canaikan 1 bahagian dan sapukan rata campuran krim keju, daun oregano dgn bawang putih cincang (kalau nak letak jem ke, inti kacang ke, coklat ke, boleh aje...)
-Gulung dan potong 2.
-Buat kaedah yang sama utk 3 bahagian lagi.
-Susun kelapan2 doh yg dah dibentukkan ke dlm acuan.
-Tunggu hingga naik sekali ganda dan bakar pada suhu 180○C selama 20 minit.
-sapu butter atas roti sebaik sahaja dikeluarkan dr oven.

Roti yang xhabis, simpan dlm plastik atau bekas kedap udara bg mengelakkan roti kering.

Post a Comment

0 Comments