Banner

Sunday, 23 November 2014

Pau Gebu Lembut Sentiasa

Kemain tajuk...huhu...xdela, arini nak share resepi pau ni...aritu pos kat grup fb....xsangka ramai yg like...so hari ni share kat sini plk la...memula buat inti sempoi tp sodap ni dulu....

Resepi inti

1 tin sardin
3 bj kentang-racik halus dan rebus hgga empuk. Tapis.
1 bj bawang besar-cincang
2 ulas bawang putih-cincang
1 bj limau nipis-ambil jus
1 sb gula
1 sk garam
2 sb rempah kari
1 sb serbuk cili babas

Panaskan minyak. Tumis bahan cincang hingga naik bau. Tuang air sikit. Masukkan serbuk kari n serbuk cili. Kacau rata. Tumis hgga pecah minyak, masukkan sardin yg dah dilumatkan dan kentang. Masukkan perisa....kacau hingga pekat. Last masukkan jus limau..kalau xsuka masam, kurangkan..

Haaa...dah siap, masukkan dlm bekas..bia situ jap...kita uli doh plk..

Pau
Bahan A (campurkan sekali)
500g tpg gndum
1/2 sk garam
1 sb yis
80 g gula halus
1 st baking powder
1/2 st pelembut roti
1/2 st pemutih pau
30 g susu tepung

Bahan B
260ml air yg disejukkan dlm peti ais

Bahan C
25 g shortening pau (cari kat kedai bakeri, mntk yg khusus utk pau shj)

Masuk bahan A dalam mixer dan gaul sebati
Masuk bahan B dalam bahan A dan gaul sebati. Guna speed perlahan.
Kemudian masukkan bahan C dan gaul lg hingga doh licin dan elastik.
Bahagikan 30 gm setiap satu dan masukkan inti pilihan anda... biarkan naik sekali ganda baru kukus selama 20min.

Dah kukus tu mmg xsabar nak makan...mmg xmalu puji diri sendiri pastu...ha3....okla...selamat mencuba ye...nak tayang pic byk2 xleh, apps ni xleh upload pic byk2...nk guna browser, line cam siput...xpela blnja 1 pic, nt uols buat pau bkn takat pic, dpt mkn sekali...kannn?

No comments:

Post a Comment

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

Assalamualaikum.... selamat pagi.. Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa ren...